Awas! Kes naik semula

Data 26 April 2021

Jangkitan Covid-19 dalam negara bagi tempoh 24 jam lalu meningkat semula kepada 2,776 kes, berbanding 2,690 kes yang dicatatkan semalam, malah tinggi sedikit daripada yang dilaporkan pada Sabtu sebanyak 2,717 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,773 membabitkan penularan tempatan, manakala tiga lagi kes import.

“Kes sembuh baharu pula adalah 1,803 menjadikan jumlah pulih sebanyak 369,556 kes,” katanya hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 iaitu 24,713 dengan 300 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 133 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selangor terus merekodkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu 762 kes, diikuti Sarawak (615), Kelantan (343), Johor (309), Kuala Lumpur (254), Pulau Pinang (123) Negeri Sembilan (112) dan lain-lain di bawah 100 kes.