Awas aplikasi Bank Negara, MyBNM palsu, kata polis

May 10, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan aplikasi MyBNM yang telah ditamatkan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang kini digunakan untuk tujuan jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata aplikasi itu telah ditamatkan oleh BNM pada November 2020 dan pengumuman mengenainya juga pernah dikeluarkan sebelum ini.

Namun, katanya, polis telah mengesan sindiket penipuan yang menjadikan aplikasi itu sebagai subjek untuk menipu mangsa dengan menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa.

“Mangsa dalam kes-kes sebegini akan dihubungioleh suspek yang akan menyamar sebagai pegawai dari agensi penguat kuasa termasuk BNM. Mangsa akan diminta memuat turun aplikasi MyBNM yang palsu.

“Melalui aplikasi tersebut mangsa akan diminta memasukkan maklumat seperti nama, nombor kad ATM, nombor pin ATM, nama pengguna dan kata laluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainuddin berkata, setelah maklymat itudiperoleh, sindiket akan membuat pindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga atau ‘keldai akaun’.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu sahaja, 53 kes dilaporkan dengan kerugian hampir RM2 juta, manakala bagi tempoh Januari hingga April lalu sejumlah 57 kes membabitkan kerugian RM1.74 juta dilaporkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan menitikberatkan langkah-langkah keselamatan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok