Awal-awal pertikai Apandi Ali jadi pengerusi panel Batu Puteh: Tun M

June 30, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sudah dua kali menghantar surat berkaitan pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau daripada awal lagi sudah membangkitkan pelantikan Apandi, namun tidak menerima sebarang reaksi apabila surat berkenaan tidak dibalas pihak berkaitan.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Apandi yang juga bekas peguam negara sepatutnya tidak dilantik sebagai Pengerusi PPK berikutan terdapat konflik kepentingan di dalamnya dengan Apandi dilihat lebih layak menjadi saksi dalam kes berkenaan.

“Saya sudah beritahu dan tulis surat (berkaitan pelantikan Apandi) tetapi tiada jawapan, dua kali hantar (surat) tidak dijawab.

“Saya pergi sampai ke pejabat (Jabatan Peguam Negara), mungkin saat akhir dia nak jawab (surat). Kalau pada masa itu, dia (Jabatan Peguam Negara) beritahu Apandi tak jadi pengerusi, saya sedia (beri kerjasama).

“Kita boleh tunjuk surat yang (dihantar) tetapi mereka tidak jawab. Macam mana boleh kata salah saya? Jika orang tidak ada konflik kepentingan dilantik, saya sedia bagi maklumat dan boleh tanya,” katanya menurut laporan media ketika ditemui di Langkawi, malam tadi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan kedudukan Apandi sebagai Pengerusi PPK seharusnya dibangkitkan lebih awal sebelum pelantikannya dibuat kerajaan.

Wan Junaidi berkata, ketika ini kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi tanpa sebarang justifikasi berikutan berikutan pelantikannya dibuat jemaah menteri.

Selasa lalu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengumumkan keputusannya tidak meneruskan sesi temubual saksi berkaitan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berikutan pelantikan Apandi.

Sementara itu, Pengerusi Pejuang itu juga mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau meminta UMNO dibubarkan.

Beliau berkata, Zahid sering mengeluarkan berbagai dakwaan, tetapi tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi mengukuhkan sebarang dakwaan yang dibuatnya.

“Apa bukti dia (Zahid) yang kata saya macam itu (meminta membubarkan UMNO)?

“Dia boleh cerita macam-macam, benda kita cakap kena tunjuk bukti, sepatutnya kita bercakap macam itu,” katanya.

Selasa lalu, Zahid ketika prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan mendakwa Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana mendapati parti itu tiada masa depan dan tidak lagi boleh dipercayai.

Zahid berkata, pertemuannya bersama Dr Mahathir itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan bekas Perdana Menteri itu turut meminta semua ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Berita berkaitan
Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa
11 jam lalu· Isu semasa
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
12 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa
13 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
15 jam lalu· Politik
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
8 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
9 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok