Australia masih tutup sempadan, bagaimana Sajad masuk?

October 18, 2021 · Isu semasa

Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, mendakwa dia kini sudah berada di Australia, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaannya.

Ketika ‘live’ di media sosial miliknya Sajat berkata, dia kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia, dan sudahpun secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan Kerajaan Australia.

Canterbury adalah kawasan pinggir bandar di barat daya Sydney, New South Wales (NSW), Australia.

Bagaimanapun, tidak pasti bagaimana Sajat memasuki Australia kerana negara itu masih menutup sempadannya kepada semua pihak termasuk rakyatnya yang berada di luar negara. Negara itu hanya akan membuka semula sempadannya 1 November ini, apabila kadar imunisasi penduduknya mencapai 80 peratus.

Sementara, NSW – negeri di mana Sajat mendakwa dia berada sekarang – hanya akan membuka sempadannya kepada pelancong asing lengkap divaksinasi juga pada 1 November tanpa mengenakan syarat kuarantin.

Terdahulu media melaporkan dalam perkongsian yang dibuat secara langsung di media sosialnya, Sajat berkata, dia bukanlah melarikan diri, sebaliknya hanya berhijrah.

“Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari you all (anda semua) yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan,” katanya ketika berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial.

Mengulas mengenai status agamanya, Nur Sajat menegaskan, dia masih seorang muslim.

“I (saya) rasa kalau I (saya) masih Islam…biarlah you (kamu) dengan Islam you (kamu). This is more respect (ini lebih hormat). Tak perlulah you (kamu) nak judge (hakimi) I (saya) ke apa ke. Kita hormat satu sama lain,” katanya.

Untuk rekod, Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas PDRM memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Pada 9 September lalu, atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Sajat didakwa di mahkamah, namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
66 pelancong Malaysia positif varian Omicron di Indonesia
January 20, 2022
Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM
November 10, 2022
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok