Audit keselamatan treler nahas lima pelajar USAS diketahui minggu depan

May 22, 2022 · Isu semasa

Keputusan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap treler yang terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut di Lebuh raya Utara Selatan pada 12 Mei lepas akan diketahui minggu depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata ketika ini pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut, lapor Bernama.

Beliau berkata JPJ juga sedang memeriksa sama ada treler tersebut ada melalui ujian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan mematuhi semua peraturan serta spesifikasi ditetapkan.

“Hanya selepas semua pemeriksaan ini selesai dijalankan, barulah kita boleh buat keputusan sama ada treler ini mematuhi peraturan atau tidak… kita akan jelaskan dalam satu kenyataan nanti.

“Setiap kenderaan sama ada lori, treler atau bas mempunyai kompleksiti pemeriksaan berbeza apatah lagi treler itu sudah rosak, jadi bahagian yang kita mahu periksa ini seperti brek dan klac perlu dilihat dengan terperinci sama ada memenuhi spesifikasi kejuruteraan automobil JPJ yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPJ Terengganu hari ini.

Dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora dekat Kuala Kangsar itu, lima pelajar USAS meninggal dunia iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, selepas kereta dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh treler dari arah belakang.

Ditanya tentang tindakan JPJ berikutan kekerapan kemalangan disebabkan kenderaan berat sejak akhir-akhir ini, Zailani berkata JPJ sentiasa menggunakan pendekatan advokasi dan penguatkuasaan di lapangan.

“Orang ramai juga dialu-alukan untuk menghantar aduan kepada JPJ melalui aplikasi e-Aduan kerana sistem ini dapat membantu mengenal pasti pesalah dengan lebih pantas dan tepat iaitu kurang 48 jam dari tempoh aduan dibuat,” katanya.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok