Audio bocor: ‘Memang suara saya, tapi apa salahnya?

April 30, 2021 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan melakukan apa-apa kesalahan walaupun benar suara dalam klip audio berkaitan pertukaran pegawai kanan polis adalah suara beliau.

Mengakui memang benar suara itu adalah beliau, Hamzah menegaskan tudak menjadi satu kesalahan kerana beliau hanya meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi senarai nama untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Itu adalah suara yang benar oleh saya dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Yang salahnya adalah orang yang rekod perbualan saya dengan seseorang… itu satu kesalahan,” katanya hari ini.

Hamzah berkata, tindakan itu adalah selaras dengan tugasnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang akan menyelaras tugas-tugas pegawai polis.

“Itu adalah suara yang benar oleh saya dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Yang salahnya adalah orang yang rekod perbualan saya dengan seseorang… itu satu kesalahan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial rakaman audio dengan suara mirip Hamzah yang antaranya membincangkan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis berhubung penyebaran audio tersebut, Hamzah berkata tiada keperluan untuk beliau membuat laporan itu.

Sementara itu, Hamzah mengingatkan pengguna media sosial agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang rakyat terhadap PDRM.

“Sejak akhir-akhir ini, saya hairan kenapa ada perkara tidak disenangi yang dikeluarkan oleh macam-macam kumpulan yang ada di negara kita (terhadap PDRM),” katanya.

Mengenai siapa yang akan memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, beliau berkata perkara tersebut akan diputuskan oleh SPP dalam masa terdekat.

Terdahulu Hamzah mengumumkan, Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa 4 Mei ini. Pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara ke-13 adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei ini.

Berita berkaitan
Cadangan PAS guna logo sendiri akan dibincang, kata Hamzah
June 25, 2022· Politik
Lebih 20,000 pendatang tanpa izin pulang secara sukarela
June 25, 2022· Isu semasa
Keputusan batal tayangan animasi promosi LGBT dibuat pengedar filem
June 17, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
2 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
2 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
3 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok