ATM siap siaga berdepan banjir

September 24, 2022 · Isu semasa

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh, khususnya di negeri-negeri yang berisiko berdepan banjir.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata persediaan itu, melibatkan mengatur gerak anggota dan aset milik ATM, menurut laporan Bernama.

“Di Kelantan misalnya Markas 8 Briged telah bersedia, jika berlaku bencana banjir kita dah boleh gerakkan peralatan dan anggota. Kita dah bersedia sebab setiap tahun bencana banjir ini berlaku,” katanya selepas Majlis Bekwoh (kenduri) Kampung Ahli Parlimen Tanah Merah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peralla, Gual Ipoh, di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November, yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu.

MetMalaysia menjangkakan impak cuaca yang dialami lebih signifikan memandangkan monsun timur laut yang aktif pada tempoh itu sekali gus risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
8 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok