ATM sentiasa siap siaga hadapi bencana: Hishammuddin

January 7, 2022 · Isu semasa

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya di negeri-negeri dilanda banjir sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang banjir seterusnya.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata walaupun berada dalam keadaan selesa berikutan beberapa negeri sudah semakin pulih daripada bencana banjir, komitmen ATM tidak akan berganjak.

“Setakat ini kerjasama ATM dan MINDEF (Kementerian Pertahanan) dengan agensi serta jabatan-jabatan lain termasuk kerajaan negeri berada pada tahap yang membanggakan.

“Biar pun (banjir) hampir pulih, komitmen ATM kita akan terus bekerjasama rapat dengan setiap agensi… Tumpuan kita sekarang, pasca banjir (lakukan) kerja pembersihan, bantu kerja baik pulih struktur jalan, rumah dan jambatan,” katanya semalam.

Beliau sebelum itu mendengar taklimat Ops Murni ATM di Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu bersama Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, lapor Bernama.

Hishammuddin berkata selain membantu mengeluarkan mangsa banjir dan melakukan kerja-kerja baik pulih pasca banjir, pihak ATM juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan Covid-19 bagi mengekang penularan wabak itu susulan kemunculan varian baharu Omicron.

Beliau berkata tindakan itu sangat penting bagi memastikan penularan Covid-19 khususnya membabitkan varian baharu ini tidak akan menjadi ‘tidak terkawal’ dalam musim bencana ini.

Sementara itu katanya koordinasi di antara sumber manusia dan pergerakan aset ATM dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan Daerah di empat negeri yang dilawati beliau iaitu Kelantan, Johor, Pahang dan Terengganu, dilihat sangat baik dan berkesan.

Hishammuddin turut memuji kepimpinan serta koordinasi antara peringkat negeri dan daerah di Terengganu yang dilihat berada dalam keadaan cukup bersedia, dan menguruskan banjir dengan baik.

“Di Selangor pula saya akan turun dan bincang dengan kepimpinan negeri… apa yg mereka lalui bukan perkara biasa dalam konteks banjir, kerana banjir di bandar berbeza dengan air yang naik di kawasan lain.

“Kita akan kaji, belajar daripada pengalaman… Macam Terengganu dah bertahun ada pengalaman (banjir) seperti ini, yang penting jangan cari kesalahan, dekati rakyat dan beri pembelaan,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok