Asyraf Wajdi kerajaan sudah agih RM34 juta kepada mangsa banjir

December 28, 2021 · Isu semasa

Ketika Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki terus mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran one-off RM10,000 i-Citra, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan sehingga 27 Disember lalu, RM34 juta untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir.

Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) itu dibuat secara tunai bagi memastikan mangsa banjir mendapat wang dengan segera, kata Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir perlu dipermudahkan dan disegerakan.

“Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, membuat keputusan semalam, serahan tunai dilaksanakan bagi memastikan mangsa banjir segera menerima BWI.

“Tiga kaedah digunakan bagi penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB); atau serahan tunai rumah ke rumah; atau pemindahan tunai secara atas talian (EFT).

“Bantuan ini sudah mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri,” katanya Perdana Menteri.

Ismail Sabri berkata pihak PKOB dan ICU juga sedang berusaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar bagi mendapatkan BWI itu.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mendakwa hakikatnya bantuan kerajaan tidak mencukupi dan tidak mencakupi semua lapisan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

“Inisiatif berhutang melalui skim pinjaman Tekun atau kemudahan BSN tidak akan menyelesaikan masalah semua pihak kerana ada yang tidak layak, bahkan menambah beban rakyat dengan lilitan hutang berpanjangan yang tiada berkesudahan,” tegas Ketua Pemuda UMNO itu.

Beliau dilihat menyindir Perdana Menteri dengan menganggap kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun, akan menambah beban hutang orang ramai.

Menerusi kenyataan ‘Alternatif kepada i-Citra KWSP: Tambahan bantuan atau galakkan berhutang’, Asyraf Wajdi menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak menyelesaikan masalah. Berita berkaitan 

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok