Aset Najib hingga RM2.849 bilion dibeku, boleh keluar RM100,000 sebulan

February 9, 2022 · Isu semasa

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang Datuk Seri Najib Razak melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga AS$681 juta atau mengikut nilai tukaran asing hari ini berjumlah lebih RM2.849 bilion.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, injunksi tersebut juga mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukannya untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman, lapor Bernama.

Sekiranya Najib memerlukan lebih daripada jumlah tersebut, beliau perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada peguam1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad dalam prosiding dalam talian semalam selepas membenarkan permohonan injunksi mareva ex-parte (sebelah pihak) yang dipohon 1MDB dan Global Diversified yang merupakan plaintif pertama dan kelima dalam kes saman 1MDB terhadap Najib dan beberapa yang lain.

Injunksi mareva adalah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara kes sedang berjalan.

Perintah itu juga menyatakan, Najib mestilah membuat pendedahan secara bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified berhubung asetnya sehingga pada nilai AS$681 juta sama ada di dalam atau di luar negara, sama ada di bawah namanya sendiri atau tidak, dan sama ada milikan secara tunggal atau secara bersama defendan lain.

Beliau hendaklah memberikan nilai, lokasi serta segala maklumat aset dan maklumat itu perlu disahkan melalui suatu afidavit dan disampaikan kepada peguam plaintif pertama dan kelima.

Jika keseluruhan nilai bebas daripada gadaian atau apa-apa sekuriti asetnya di negara ini melebihi jumlah AS$681 juta, Najib boleh mengalihkan atau melupuskan aset itu asalkan jumlah nilai tanpa beban kekal berjumlah tidak kurang daripada AS$681 juta.

Perintah tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu dalam prosiding ini atau sebaliknya, yang dimaklumkan mengenai perintah berkenaan tidak seharusnya membantu atau membenarkan pelanggaran perintah di mana mereka boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah jika berbuat demikian.

Perintah itu berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar permohonan injunksi inter-parte (dua pihak) pada 21 Feb.

Seorang peguam Tetuan Skrine yang mewakili 1MDB ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.

Dalam saman itu, 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif manakala Najib, Terrence Geh Choh Heng (bekas Pengarah Kewangan 1MDB), Jasmine Loo Ai Swan (bekas Peguam 1MDB), Casey Tang Keng Chee (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB), Vincent Beng, Radhi Mohamad (Ketua Pegawai Operasi 1MDB) sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu Kelvin Tan Kay Jim (bekas Pengarah Pelaburan) dan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd).

Saman AS$8 bilion itu adalah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.

Berita berkaitan
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
1 jam lalu· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
6 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
21 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
37 minit lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
49 minit lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Bullshit, kata Shafee ulas dakwaan ‘Merpati’ dapat layanan istimewa
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
43 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok