Asas kewangan masih kukuh, Malaysia tak berdepan krisis: Zafrul

October 4, 2022 · Isu semasa

Walaupun inflasi meningkat dan kejatuhan ringgit berterusan, ia tidak bermakna negara sedang menuju ke arah krisis ekonomi seperti didakwa segelintir pihak.

Malah, asas kewangan negara masih kukuh dan keadaan tersebut berbeza semasa keadaan dihadapi negara semasa 1997 dan 1998 lalu yang menyaksikan negara terjerumus ke dalam kancah krisis ekonomi, kata Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan menjelaskan bagaimanapun tidak menafikan negara berdepan cabaran ekoran faktor luaran yang berada di luar kawalan kerajaan.

“Asas-asas ekonomi dan sistem kewangan Malaysia kini jauh berbeza,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya lagi, langkah pembaharuan ekonomi dan kewangan yang pelbagai dilaksanakan susulan krisis kewangan Asia, seperti struktur ekonomi domestik yang lebih pelbagai, disokong oleh sistem kewangan yang bermodal baik dan kedudukan luaran yang kukuh membantu kemampanan kedudukan ekonomi negara.

“Sebagai contoh, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka, dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi, dan kita mempunyai lebihan akaun semasa, didorong oleh eksport yang pelbagai,” katanya lagi.

Beliau berkata setakat ini bagi 2022, akaun semasa kekal positif dengan jumlah RM3.0 bilion pada suku pertama dan RM4.4 bilion pada suku kedua.

Ekonomi menguncup sebanyak -7.4 peratus semasa krisis kewangan Asia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup -1.5 peratus semasa krisis kewangan global serta menguncup -5.5 peratus di puncak krisis Covid-19, katanya.

“Jika diimbas kembali mata wang kita telah jatuh hampir 54 peratus pada 1997, dengan kadar terendah sehingga RM4.88 bagi setiap US$1,” katanya.

Tengku Zafrul berkata negara juga mengalami defisit akaun semasa pada 1997 dengan kekurangan melebihi RM16.7 bilion dan lebih 102,000 rakyat telah kehilangan pekerjaan, manakala kadar inflasi melonjak kepada 6.2 peratus pada Jun 1998 bagi sepanjang krisis tersebut.

“Pada hujung 1997, Bank Negara Malaysia telah meningkatkan kadar faedah kepada 11 peratus untuk menangani penurunan ringgit dan mengawal inflasi, dan mengekalkan tahap kadar faedah pada tujuh peratus menjelang hujung 1998,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai bertanya sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk berikutan nilai ringgit menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat, kadar inflasi yang kian genting serta hutang kerajaan Persekutuan yang meruncing.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Masalah kemurungan tertinggi direkodkan di Wilayah Persekutuan: Laporan
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok