AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB

September 29, 2022 · Isu semasa

Saksi pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemasukan wang AS$600 juta ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak boleh memberi kesan kepada pasaran nilai ringgit.

Mengambil kira risiko tersebut, pihak bank perlu berhati-hati dalam mengendalikan kemasukan sejumlah wang besar tersebut kerana jika diketahui umum ia boleh memberi implikasi kepada nilai ringgit selain Najib juga ketika itu menjadi Perdana Menteri boleh terdedah secara politik, menurut laporan BH.

Saksi ke-38, Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat memberitahu dalam keterangannya, akaun peribadi AmIslamic milik Najib dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia sensitif dan wang keluar masuk juga sangat besar.

“Oleh sebab ia membabitkan jumlah wang yang besar, dan pasaran akan tahu mengenainya, ia selanjutnya boleh menjejaskan nilai ringgit,” katanya ketika menjawab soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, pada sesi soal balas.

Wan Aizuddin: Katakan AS$10 juta dipindah masuk ke dalam negara untuk ditukar kepada ringgit dan penerima bukan Najib. Adakah ia akan mengubah kedudukan pasaran?

Wai Keat: Ia tidak akan mengubah kedudukan pasaran kerana jumlah itu sedikit dibandingkan dengan AS$680 juta (transaksi wang masuk dalam akaun Najib). Kita perlu lebih berhati-hati, dan disebabkan itu saya rasa Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu mewujudkan nama kod AmPrivate Banking – MR bagi akaun itu.

Disoal peguam sebab Joanna memberitahunya akaun milik Najib ketika menguruskannya, saksi itu berkata, supaya ia boleh direkodkan dengan betul ke dalam sistem dan tidak mengambil risiko untuk bercakap banyak mengenainya, berikutan itu akaun sensitif.

Sementara itu, Wai Keat berkata, beliau tidak dapat mengingati tujuan wang berjumlah RMRM60.6 juta dipindah masuk ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan nombor akaun 694 pada tahun 2011 oleh putera Arab Saudi, Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud.

Katanya, beliau meminta Joanna untuk meminta Najib mendapatkan pelepasan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai transaksi wang terbabit.

Disoal Wan Aizuddin sama ada transaksi berkenaan dipersoal oleh BNM, saksi berkata beliau tidak ingat, bagaimanapun, katanya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan, jika pihaknya tidak menerima panggilan daripada bank pusat itu.

Wai Keat memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Semalam, saksi itu membacakan pernyataan bertulisnya memberitahu mahkamah, wang berjumlah RM2.23 bilion dideposit ke dalam akaun peribadi Najib, termasuk daripada dua syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut Wai Keat, RM2.17 bilion diterima daripada Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corp (yang dikawal sekutu perniagaan Jho Low, Eric Tan Kim Loong) di antara tahun 2012 dan 2013.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
11 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
14 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
10 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
11 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022 · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok