AS ekstradisi ‘Godfather’ seludup hidupan liar warga Malaysia

October 8, 2022 · Isu semasa

Amerika Syarikat (AS) mengekstradisi seorang rakyat Malaysia, ‘Godfather’ Teo Boon Ching semalam (7 Oktober 2022) atas dakwaan menjalankan aktiviti pemerdagangan hidupan liar terancam sejak lebih dua dekad.

AS membuat permohonan ekstradisi itu di bawah perjanjian dua hala yang membabitkan kedua-dua negara berikutan penahanan Boon Ching, pada 29 Jun lalu di Thailand.

Boon Ching turut dikenali dengan gelaran sebagai Zhang, dan Datuk Seri.

Kenyataan dari Jabatan Keadilan AS, semalam, berkata kertas pendakwaan sudah dibuka di Mahkamah Daerah AS di selatan New York, di mana Boon Ching didakwa dengan konspirasi terbabit dalam pemerdagangan hidupan liar dan pengubahan wang haram.

Menurut Pendakwa Raya Selatan New York, Damian Williams dan Penolong Pengarah Pejabat Penguatkuasaan Undang-undang Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar AS, Edward J Grace, Boon Ching didakwa kerana mengambil bahagian dalam konspirasi untuk menyeludup lebih daripada 70 kilogram tanduk badak yang bernilai lebih daripada AS$725,000 melibatkan pemburuan haram banyak badak sumbu, spesies hidupan liar yang terancam.

Boon Ching akan dihadapkan di hadapan Majistret Gabriel W Gorenstein petang ini. Kes itu juga telah diserahkan kepada Hakim Daerah AS Paul A Crotty.

Selain itu, Jabatan Perbendaharaan AS Kawalan Aset Asing (OFAC) juga sedang berusaha membawa pertuduhan terhadap syarikat milik Boon Ching, Sunrise Greenland Sdn Bhd.

Kenyataan itu berkata walaupun Boon Ching dikaitkan secara terbuka dengan pemerdagangan hidupan liar haram selama bertahun-tahun, namun, dia berjaya mengelak daripada undang-undang dan tetap menjalankan perniagaan haramnya.

Boon Ching, 57, didakwa menyeludup tanduk badak, gading dan tenggiling, termasuk tanduk badak sumbu daripada badak hitam yang terancam dari Afrika sepanjang tempoh dua dekad.

Peguam AS, Damian Williams, berkata Boon Ching didakwa sebagai ketua syarikat jenayah transnasional yang memperdagangkan tanduk badak sumbu, memperkayakan aktiviti pemburuan haram hidupan liar terancam dan memajukan pasaran bagi produk berkenaan.

Boon Ching turut didakwa terbabit dalam konspirasi menyeludup lebih 70 kilogram (kg) tanduk badak sumbu bernilai lebih AS$725,000 (RM3.362 juta) yang membabitkan pemburuan haram pelbagai badak sumbu.

Ia turut memaklumkan Boon Ching adalah peneraju perusahaan jenayah transnasional yang berpangkalan di Asia dengan operasi penting di Malaysia dan Thailand, yang terbabit dalam pemburuan haram antarabangsa berskala besar, pemerdagangan dan penyeludupan tanduk badak sumbu.

“Boon Ching berkhidmat sebagai penyeludup khusus, mengangkut tanduk badak sumbu daripada operasi pemburuan badak sumbu dari Afrika kepada pelanggan terutamanya di Asia.

“Beliau juga mendakwa boleh menghantar tanduk badak ke AS,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa dia pernah beberapa kali berkhidmat sebagai “orang tengah” untuk rundingan penjualan tanduk badak.

Dia turut dituduh terhadap konspirasi melakukan penyeludupan hidupan liar yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, yang boleh dikenakan penjara 20 tahun.

Semalam, AS memaklumkan sudah mengenakan sekatan terhadap kumpulan Malaysia, menuduhnya terbabit dalam ‘pemerdagangan kejam hidupan liar yang terancam serta produk pemburuan haram’.

Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan berkata, ia mengenakan sekatan terhadap Boon Ching, Pertubuhan Jenayah Transnasional Pemerdagangan Hidupan Liar Teo Boon Ching dan syarikat Sunrise Greenland.

Dia pakar dalam pengangkutan tanduk badak, gading dan tenggiling dari Afrika.

Ia menggunakan laluan melalui Malaysia dan Laos untuk perkhidmatan kepada pelanggan di Vietnam dan China, kata kenyataan Jabatan Perbendaharaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS
October 11, 2022· Isu semasa
Banjir landa negara jiran Thailand, sungai melimpah
October 11, 2022· Dunia
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok