Arul Kanda tak tahu Nazlan terbabit dalam kelulusan pinjaman 1MDB

August 26, 2022 · Isu semasa

Pembabitan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam memberi pinjaman RM4.1 bilion oleh Maybank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diluar pengetahuan bekas CEO, Arul Kanda Kandasamy.

Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini tidak mengetahui secara langsung pembabitan Nazlan dalam kelulusan pinjaman kepada syarikat pelaburan kontroversi tersebut sebelum ini.

Untuk rekod, Nazlan merupakan Hakim Makamah Tinggi yang membuat keputusan menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd sebelum ini.

Susulan itu, Najib yang gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Arul Kanda memberi keterangan selaku saksi pendakwaan, berkata demikian ketika diperiksa semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB dihadapinya (Arul Kanda) dan Najib.

Soalan Sri Ram itu berbangkit daripada soalan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung pembabitan Mohd Nazlan berkaitan pembiayaan berkenaan.

Sri Ram: Dicadangkan kepada anda bahawa Nazlan terlibat dalam perkara ini (pinjaman kepada 1MDB)?

Arul: Ya (setuju bahawa usul itu dikemukakan kepadanya oleh pasukan pembelaan Najib).

Sri Ram: Adakah anda mempunyai pengetahuan peribadi mengenai ini?

Arul Kanda: Tidak.

Terdahulu, ketika disoal Muhammad Shafee, Arul Kanda, berkata beliau mengetahui bahawa Kaunsel Kumpulan Maybank ketika itu adalah Mohd Nazlan, bagaimanapun tidak pernah menghubungi atau bertemu dengannya.

Saksi itu menjelaskan, sepanjang berkhidmat dalam 1MDB, beliau hanya berurusan dengan peguam bank itu, Dalvin Kaur yang hanya dikenali sebagai Molly dan urusan pinjaman pula membabitkan Michael Oh-Lau daripada Bahagian Pinjaman Komersial.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan membabitkan Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan) menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kaitan antara jawatan Mohd Nazlan sebelum ini sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank yang boleh menyebabkan berat sebelah terhadap perayu.

Prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan bersambung semula pada 2 Sept.

Berita berkaitan
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
15 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Dua bekas pegawai kanan imigresen dihukum penjara tiga tahun terlibat rasuah
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
7 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
7 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
8 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
6 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok