Arak Timah, Ulama PAS bimbang banyak syarikat lain akan muncul

October 18, 2021 · Isu semasa

Jika tiada tindakan tegas diambil dalam isu pengeluaran arak berjenama Timah ia dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak pengeluaran minuman beralkohol jenama lain selepas ini, kata Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP).

Ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah menggesa tindakan perlu diambil terhadap pengeluar arak tersebut dan melakukan semakan terhadap syarikat pengeluar arak tersebut, serta mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani isu itu.

“Pertama kerajaan persekutuan perlu melakukan semakan latar belakang dan ketekunan wajar (due diligence) bagi syarikat ini.

“Kedua, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan menutup syarikat pengeluar minuman keras ini bagi mengelakkan duluan (precedent) yang menyebabkan kemunculan syarikat-syarikat pengeluar minuman keras yang baru,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Isu arak tersebut tular dalam media sosial dan PAS menjadi sasaran tentera siber pembangkang memandangkan ia menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah, dan sesetengah pihak mendakwa Malaysia kini ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam.

Syarikat pengeluar arak tersebut semalam menjelaskan jemana Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu.

Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Okt lalu oleh Pengarah Winepak Corp, Gilbert Yeo dan Kenny Yeo.

Mohd Nor juga mendesak kerajaan memastikan sebarang iklan dan promosi minuman keras oleh mana-mana syarikat hendaklah dipantau mengikut garis panduan larangan mempromosi minuman keras dan alkohol seperti termaktub dalam Bahagian 3, Kod Kandungan mengenai Iklan, Perenggan 8.5 (Iklan Khusus Lain),Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan).

“Kerajaan persekutuan juga perlu memperkemaskan pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa seperti dari Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya ia tidak berulang lagi selepas ini,” katanya.

Tambahnya lagi, mengikut maklumat yang diperoleh, jenama Timah didaftarkan melalui MyIPO (akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia) pada 6 Ogos 2019.

“Nama Timah juga telah diletakkan pada jenama arak ini sempena komoditi bijih timah yang pernah menjadi sumber pendapatan negara pada masa dahulu,” katanya lagi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok