Arab Saudi belum beri keputusan rayuan Malaysia tambah kuota haji

May 23, 2022 · Isu semasa

Malaysia masih menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

“Setakat ini belum ada jawapan lagi. Kita doalah moga Allah permudahkan,” katanya lapor Bernama.

Idris terdahulu menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada 16 Mei lepas, Idris dilapor berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan itu semasa menghadiri Persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di Abu Dhabi.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 dengan 85 peratus diperuntukkan kepada jemaah luar negara dan Malaysia pada musim ini diberi kuota 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini.

Ditanya mengenai surat tawaran bagi kumpulan kedua jemaah haji musim 2022, Idris berkata Lembaga Tabung Haji sudah mengeluarkan surat tawaran itu pada 10 Mei lepas dan mereka yang menerima surat itu diberi masa 10 hari untuk memberikan jawapan.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak mendapat maklumat berapa ramai yang sudah memberikan jawapan untuk menerima tawaran haji itu.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata sehingga hari ini, JAKIM belum dihubungi individu bukan rakyat Malaysia yang mendedahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal di sebuah loji penyembelihan di Australia.

“Siasatan sedang berjalan, kita sedang mencari banyak lagi bukti. Kalau ada maklumat loji lain silakan, dan kita akan ambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, semasa berucap pada majlis hari ini, Idris berkata pendekatan dakwah pada masa kini mestilah ringkas, padat, berfakta dan interaktif, seiring dengan peredaran zaman.

Katanya, badan-badan dakwah mesti mengadaptasi suasana semasa termasuk dalam kerja-kerja dakwah manakala uslub (cara) dakwah mesti sentiasa segar, interaktif dan relevan kerana adakalanya pendekatan lima tahun lepas sudah tidak relevan dengan konteks dakwah hari ini.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok