Arab Saudi belum beri kata putus kuota haji tambahan: Idris

May 30, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Arab Saudi masih belum memberikan keputusan mengenai rayuan tambahan kuota 5,000 jemaah haji yang dimohon Malaysia, untuk musim 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata jumlah jemaah dari negara ini yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini kekal seramai 14,306 orang.

“Setakat ini kita belum terima maklumat mengenai rayuan kuota tambahan itu…tetapi jumlah yang memohon rayuan untuk mengerjakan haji mencecah 50,000 orang.

“Memang jumlah kuota tambahan yang dipohon jauh berbeza dengan permohonan rayuan 50,000 ini, namun (jika kuota tambahan dibenarkan) ia terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan Tabung Haji (untuk menentukan jemaah yang akan ditawarkan),” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Khas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di kampus induk UniSHAMS Kuala Ketil dekat Baling, hari ini.

Pada 16 Mei lepas, dalam laporan media Idris dipetik sebagai berkata Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi, bagi musim haji tahun ini.

Sementara itu, seramai 340 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji pada tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata petugas haji yang dipilih pada tahun ini terdiri daripada mereka berpengalaman tinggi, kerana jumlah mereka pada tahun ini adalah kurang berbanding sebelumnya.

“Jumlah petugas haji sebelum ini adalah 650 orang, tetapi kali ini hanya 340 orang sahaja. Oleh itu kita pilih mereka yang berpengalaman dan boleh bertugas di Makkah dan Madinah.

“Memang kita pilih yang boleh ‘multitasking’ dan mampu digerakkan ke mana-mana lokasi mengikut keperluan semasa,” katanya.

Syed Saleh berkata seramai 84 petugas haji yang terdiri daripada petugas perubatan, kebajikan dan media, berlepas ke tanah suci hari ini melalui penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 3.10 petang ini.

Mereka ini adalah kumpulan kedua petugas haji yang berlepas ke tanah suci, sebelum ini 13 petugas telah pergi untuk membuat persiapan.

“Semua petugas telah membuat persiapan rapi bagi memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada jemaah haji, petugas beri komitmen terbaik,” katanya.

Ditanya cabaran ibadah haji tahun ini, beliau berkata petugas dan jemaah haji perlu bersedia dengan undang-undang baru diperkenalkan kerajaan Arab Saudi, seperti prosedur operasi standard berkaitan Covid-19.

Berita berkaitan
Tiada caj ujian Covid-19 bagi jemaah haji guna fasiliti KKM
June 2, 2022· Isu semasa
4 lapangan terbang khas untuk penerbangan haji disediakan
June 1, 2022· Dunia
Arab Saudi belum beri keputusan rayuan Malaysia tambah kuota haji
May 23, 2022· Isu semasa
Malaysia sudah mohon 5,000 tambahan kuota haji
May 16, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
9 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
19 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
20 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
24 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
29 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok