APMM ketuai pencarian sembilan pemancing hilang di laut Mukah

September 22, 2022 · Isu semasa

Dua pemancing berjaya diselamatkan sementara sembilan lagi rakan mereka dilaporkan masih hilang selepas bot yang dinaiki karam pada Selasa malam di perairan Mukah dekat Bintulu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira 8.30 malam lebih kurang 34 batu nautika (63 kilometer) dari barat laut Mukah.

Sehubungan itu, katanya Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 9 malam semalam, manakala Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mukah bermula pada 8 pagi tadi.

“Kru sebuah kapal, MT Capella yang melalui perairan itu sekitar 3 petang semalam melaporkan telah menyelamatkan dua lelaki yang ditemui hanyut sebelum membawa mereka terus ke Pelabuhan Senari di Kuching.

“Berdasarkan maklumat daripada mangsa yang selamat, mereka keluar dari jeti Penakub, Mukah pada 19 Sept untuk memancing di laut. Semasa kejadian, mereka sempat memakai jaket keselamatan dan berpaut pada tong ikan sebelum diselamatkan kru kapal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairol berkata MRSC Kuching turut memaklumkan insiden tersebut kepada agensi berkaitan serta memajukan permohonan aset kepada Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikalan Laut Sarawak (JPLS), Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Sarawak Shell.

Dua kapal dan sebuah pesawat udara APMM, selain sebuah bot serta pesawat udara polis dan sebuah kapal JPLS terlibat dalam operasi pencarian ini, sementara pihak Sarawak Shell pula menyediakan platform untuk membantu aset yang terlibat.

“Keluasan sektor pencarian pada hari pertama adalah 78.40 batu persegi (203 km persegi). Cuaca di lokasi kejadian pada hari ini dalam keadaan berombak antara 1.0 dan 1.5 meter, manakala angin bertiup dari tenggara berkelajuan 20 hingga 30 km sejam,” tambahnya. – Bernama

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Banjir luar jangka di Hulu Baram terkawal: Bomba
September 15, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok