APMM guna pesawat Bombardier cari penyelam hilang di Mersing

April 9, 2022 · Isu semasa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggerakkan pesawat Bombardier CL 415 MP bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol di sini.

Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.

Pengarah APMM Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata selain Bombardier serta dua helikopter agensi itu dan Polis Diraja Malaysia yang digunakan semalam, Tentera Udara Diraja Malaysia turut menghulurkan bantuan dengan menghantar pesawat B200T.

“Sudah masuk tiga hari mangsa itu hilang. Bagaimanapun, kita tidak berputus asa dan berharap agar dapat diselamatkan.

“Dengan penggunaan empat pesawat ini, jangkauannya lebih jauh dan kemungkinan untuk menemui mangsa adalah lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing hari ini.

Memetik Bernama beliau berkata pesawat itu, yang melakukan carian di kawasan seluas 739.64 batu nautika, juga melihat isyarat kecemasan yang mungkin digunakan oleh penyelam terbabit jika mereka hanyut ke arah mana-mana sembilan pulau kecil di sekitar selatan Pulau Tokong Sanggol.

“Aset udara ini akan terbang di pulau-pulau dan mengawasi sekiranya ada sebarang tanda kemungkinan mangsa akan buat tanda atau isyarat tertentu untuk diselamatkan. Jadi kemungkinan itu kita ambil kira juga.

“Komuniti setempat di pulau-pulau di Mersing juga telah dimaklumkan menerusi kumpulan WhatsApp dan Telegram supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di persekitaran mereka dan maklumkan pada kita kalau ada maklumat mengenai mangsa,” katanya.

Operasi hari ini, yang bermula seawal 3 pagi, turut membabitkan 11 bot pelbagai agensi dan 10 jetski orang awam meliputi pencarian di kawasan seluas 335.79 batu nautika.

Ia akan tertumpu kepada usaha mencari seorang lagi penyelam Nathen Renze Chesters, 14, (warga Belanda), setelah dua lagi penyelam warga Britain Adrian Peter Chesters dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Berita berkaitan
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
SPR umum PRK Pelangai pada 7 Oktober
August 24, 2023· Politik
Notis kekosongan DUN Pelangai diserah kepada SPR
August 21, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok