APMM gagalkan cubaan seludup petrol ke Thailand

May 12, 2022 · Isu semasa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Perlis mematahkan cubaan sindiket penyeludupan minyak petrol ke negara jiran setelah menahan sebuah bot fiber semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot berkenaan yang dikemudi oleh seorang tekong lelaki berumur 31 tahun itu ditahan pada jarak 1.1 batu nautika barat pantai Pulau Ketam pada 6.45 petang semalam.

Mohd Hashim berkata suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum itu cuba untuk melarikan diri ke perairan Thailand, namun tidak berjaya selepas botnya berjaya dipintas anggota penguat kuasa APMM, lapor Bernama.

“Pemeriksaan lanjut telah menemukan 14 tong berisi 350 liter petrol dengan nilai RM2,100 setiap satu disembunyikan di dalam tempat simpanan ikan.

“Selain itu, turut ditemukan satu tong gas memasak dengan anggaran nilai RM180 yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hashim berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, enjin sangkut, minyak petrol dan tong gas memasak dianggarkan RM17,280.

Beliau berkata suspek dan semua hasil rampasan turut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya.

“Modus operandi bot tersebut adalah menggunakan bot fiber dan enjin sangkut dengan menyembunyikan barangan di tempat simpanan ikan.

“Sindiket seperti ini menyeludup keluar barang-barang kawalan seperti minyak petrol, minyak masak, tepung dan tong gas memasak dalam kuantiti sedikit, namun kegiatan itu dilakukan secara berulang dalam masa sehari,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barangan kawalan berjadual dengan niat untuk menjualnya tanpa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan.

“Pihak yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Berita berkaitan
Harga petrol tidak turun, kekal paras lama
March 22, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
Jimat RM17 bilion jika T20 tak diberi subsidi petrol: Mat Maslan
February 28, 2023· Isu semasa
Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan
February 18, 2023· Dunia
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok