APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru

June 30, 2022 · Isu semasa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata bot pendaftaran KNF 7040 itu keluar dari Jeti Pengkalan Kubu di Kuala Besut pada 10 pagi Sabtu lepas (25 Jun).

“Bot tersebut sepatutnya pulang semalam tetapi hingga kini masih tidak pulang dan gagal dihubungi.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan SAR pada 11.45 pagi tadi bagi mengesan bot tersebut. Kapal Maritim Redang digerakkan ke kawasan dipercayai bot tersebut selalu memancing di sekitar pelantar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan bot tersebut tiada peralatan seperti radio atau satelit komunikasi, katanya.

Beliau berkata MRSC Kuantan juga telah berhubung dengan Pusat Komunikasi Petronas dan Exxon Mobil bagi hebahan mengenai bot tersebut.

“Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu melalui talian 09-6224357,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Jumpa mahasiswa untuk berkempen politik, Ahli Parlimen Besut bidas PMX
June 20, 2023· Politik
Bot Perikanan hanyut ditemui tentera Indonesia, 4 staf selamat
March 1, 2023· Isu semasa
Besut dilanda ribut, rumah, sekolah rosak teruk
October 20, 2022· Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
September 26, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok