APM siap siaga hadapi kemungkinan banjir luar jangka

September 6, 2022 · Isu semasa

Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah bersiap siaga dari segi logistik dan keanggotaan sekiranya berlaku banjir luar jangka berikutan cuaca tidak menentu yang diramalkan berlanjutan hingga Februari depan.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata agensi itu mempunyai 4,000 anggota yang boleh digerakkan dalam tempoh 24 jam selain 30,000 anggota di seluruh negara yang turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, lapor Bernama.

“Secara umumnya sebelum ini kita dah kenal pasti ‘hotspot’ yang kita jangka akan berlaku banjir ketika Monsun Timur Laut tetapi sangat sukar untuk kita ramalkan secara tepat kali ini, cuma kita perlu lebih berjaga-jaga di semua negeri apabila Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan berkali-kali mengenainya.

“Sepertimana tahun lepas, kita letakkan aset kita di kawasan Pantai Timur… rupanya berlaku banjir di Pantai Barat seperti di Selangor, biasanya kalau ikut dulu-dulu punya trend ia akan berlaku di sebelah Pantai Timur dan akan berakhir dekat Borneo, Sabah dan Sarawak, biasanya begitu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

MetMalaysia hari ini mengeluarkan kenyataan memaklumkan hampir semua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bakal berdepan dengan cuaca tidak menentu apabila taburan hujan yang lebih kerap diramalkan bakal berlanjutan hingga Februari depan.

Sementara itu, Aminurrahim berkata APM telah menerima peruntukan berjumlah RM84.45 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 yang digunakan bagi mendapatkan aset tertentu untuk memastikan penugasan agensi itu berjalan lancar.

Beliau berkata ia termasuk perolehan kenderaan, kelengkapan dan pelbagai peralatan termasuk peralatan menyelamat, paramedik, melawan kebakaran dan komunikasi.

“Selain itu, perolehan aset turut membabitkan 100 ambulans pacuan empat roda, 46 kenderaan operasi, kenderaan pacuan empat roda dan dua kren pengangkat,” katanya.

Terdahulu Aminurrahim menghadiri Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NOU) bagi pembangunan Civil Defence Auxiliary Action System (CDAS) antara APM dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

CDAS merupakan sistem pengkalan data yang dibangunkan hasil kerjasama APM dengan LZNK untuk pengurusan bantuan bencana agar pelaksanaannya lebih berkesan dan sistematik.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok