Apandi sudah diambil keterangan, kata Bukit Aman

August 1, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah selesai diambil keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh pihak polis hari ini, kata Bukit Aman.

Peguam Negara itu disiasat berhubung salah guna kuasa kerana melindungi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam penyelewengan dana 1MDB dan keterangan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, proses berkenaan dilakukan bermula pukul 2.30 petang hingga 3.45 petang tadi.

“PDRM sahkan USJT telah selesai mengambil rakaman percakapan Mohamed Apandi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Dalam satu satu makluman dikeluarkan Bukit Aman memberitahu secara ringkas sesi mengambil keterangan terhadap Apandi tidak dibuat di Bukit Aman.

Terdahulu, PDRM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Apandi akan dipanggil bagi siasatan di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, polis mengesahkan membuka kertas siasatan terhadapApandi susulan laporan polis dibuat terhadapnya.

Laporan dibuat Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Parti Pejuang di Selangor manakala Ketua Sosialis Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) Dr. Kelvin Yii Lee Wuen di Kuala Lumpur.

Pada 22 Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa Apandi disiasat susulan dakwaan bekas Peguam Negara itu bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, laporan bahawa Apandi bertindak sebagai orang tengah untuk Jho Low amatlah mengejutkan.

Susulan itu beberapa wakil Pejuang dan pemimpin politik pembangkang telah membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan penglibatan Apandi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022· Isu semasa
Portal dakwa Anwar akan pilih Zahid sebagai TPM, balas jasa anak murid
November 30, 2022· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Hakim Syarie akan saman Lokman Adam berhubung tuduhan gangguan seksual
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
11 minit lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
6 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
14 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok