Apandi kalah kes saman Kit Siang, diarah bayar RM80,000 kos guaman

May 23, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Mohamed Apandi Ali kalah dalam kes samannya terhadap pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang difailkan pada 2016 berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Peguam Negara juga diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya membayar RM80,000 kepada Kit Siang, ia meskipun semasa memberi keterangan tahu lalu Apandi menangis di dalam kamar mahkamah.

Keputusan menolak saman Apandi itu dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang antaranya menyifatkan Kit Siang wajar membangkitkan berhubung isu 1MDB, ia memandangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi berasingan pada 2020 dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Kit Siang disaman ekoran artikel yang ditulisnya pada 2019 bertajuk “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity” dan disiarkan dalam blog peribadinya.

Pada 5 Julai 2019, Apandi memfailkan saman sivil, mendakwa pada 6 Mei 2019, Kit Siang menulis artikel yang didakwa berunsur fitnah.

Apandi mendakwa artikel itu antara lain membayangkan bahawa dia terlibat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika, dan telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi peguam negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018.

Semasa perbicaraan tindakan sivil itu pada April tahun lalu, Apandi menangis di mahkamah ketika memberi keterangan terhadap Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

Dalam saman sivil itu, justifikasi ialah pembelaan bahawa kenyataan atau dakwaan itu adalah benar, dan jika berjaya di mahkamah, ini akan bertindak sebagai pembelaan mutlak terhadap tindakan undang-undang.

Pada 26 Jan 2016, Apandi, sambil memegang carta aliran dana SRC semasa taklimat media, mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib yang merupakan PM ketika itu, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. SRC adalah bekas anak syarikat 1MDB.

Semasa membacakan penghakiman setebal 100 muka surat petang ini, Azimah menyatakan bahawa artikel Kit Siang tidak mengaitkan Apandi bersalah atas salah guna kuasa.

Hakim berkata Kit Siang hanya mengatakan bahawa terdapat alasan lanjut untuk siasatan berhubung perkara itu dan pihak yang dinamakan dalam kenyataan akhbar Apandi untuk tampil menjelaskan urus niaga di luar kelaziman itu.

Azimah menegaskan Najib didakwa di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
July 1, 2022· Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
July 1, 2022· Isu semasa
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
July 1, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
8 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok