Apabila kerajaan beri kelonggaran, orang ramai pula ambil mudah

April 26, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan kes Covid-19 negara semakin meningkat setiap hari, bagaimanapun orang ramai dilihat semakin mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seakan-akan kita sudah menang dalam perang melawan Covid ini.

Kes harian sahaja kini sudah melebihi dua ribu lebih jangkitan, sama ada jangkitan di sekolah atau pun di bazar Ramadan, apa yang penting adalah setiap daripada kita perlu memainkan peranan untuk menjaga SOP dan tidak mengambil mudah berhubung bahaya wabak tersebut.

Tular orang ramai tidak mematuhi SOP semasa berkunjung ke Bazar Raya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam.

Semalam, tular beberapa gambar dan video orang ramai bersesak-sesak beratur untuk memasuki Bazar Raya Jalan Tunku Abdul Rahman dan secara jelas pematuhan SOP dikalangan pengunjung masih longgar malahan masih ada lagi mereka yang membawa anak kecil bersama-sama.

Penjarakkan sosial semasa berada dalam bazar raya tersebut juga tidak mengikut SOP apabila kedudukan orang ramai yang rapat antara satu sama lain, perkara ini sebenarnya berisiko memandangkan jangkitan Covid-19 mudah merebak.

Sememangnya kerajaan jika boleh tidak mahu menyekat pergerakan rakyat, malah difahami juga para peniaga di bazar-bazar raya mahu pun pasar juadah yang perlu mencari sesuap rezeki semasa bulan Ramadan ini.

Oleh sedemikian, orang ramai digesa juga memberikan kerjasama supaya mematuhi SOP dan mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa, antaranya tidak membawa anak kecil bersama dan sentiasa memakai topeng serta menjaga kebersihan.

Sudah terlalu lama kita terperap dalam rumah sejak setahun lebih kita berdepan dengan wabak ini, jadi apabila kerajaan beri peluang untuk sekurang-kurangnya kembali hidup dalam keadaan normal seperti kebiasaan jangan lah kita pula mengambilnya secara sambil lewa.

Jika kerajaan memperketatkan semula seperti larangan sebelum ini, jangan lah kita pula menyalahkan kerajaan kerana sebenarnya adalah salah kita sendiri yang selalu ambil mudah dan tidak mematuhi peraturan yang sudah digariskan.

Sekiranya kita terpaksa berdepan gelombang baharu, sudah pastinya kita semua akan berdepan sekali lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banyak pihak yang akan terjejas jika ia dilaksanakan sekali lagi.

Kesihatan psikologi rakyat dan kemampuan kewangan setiap keluarga mahu pun kerajaan pastinya akan sekali lagi berdepan risiko. Kalau boleh kita pun tidak mahu lagi PKP ini, jadi sama-sama lah kita menjaga SOP dan peraturan digariskan pihak berkuasa.

Jangan lah kerana salah sendiri, semua perkara nak disalahkan pihak kerajaan semata-mata apabila diri sendiri yang buat kesalahan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Subsidi 2022 terbesar dalam sejarah bagi ringankan beban rakyat, kata MOF
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok