
Tangkap layar klip video menunjukkan seorang penunggang motosikal sedang memukul pemandu kereta warga emas di Padang Jawa, Klang, Selangor, pada 22 Mei 2022, sebelum dia ditahan dan dibawa ke balai polis.
Ramai pemandu dan penunggang motosikal semakin panas baran dan bertindak sesuka hati ketika dijalan raya sejak kebelakangan ini.
Tidak hairanlah ada anak-anak yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri hanya kerana isu kecil atau dipengaruhi dadah, selain tidak menghormati orang yang lebih tua.
Bagi mereka melepaskan kemarahan hanya untuk memuaskan hati, namun Malaysia mempunyai undang-undang. Mereka yang menggunakan kekerasan terhadap individu lain akan menerima padahnya.
Hari ini, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai warga emas yang memandu kereta dibelasan seorang pemuda.
Kejadian dikatakan berlaku di satu persimpangan yang sibuk di Padang Jawa, Klang, Selangor.
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dikatakan tidak puas hati dengan warga emas itu sebelum memukulnya tanpa belas kasihan, sebelum dihalang orang ramai yang lalu lalang.
Dalam kejadian itu, tidak pasti siapa yang bersalah namun ramai pengguna media sosial yang mempertikaikan tindakan ganas pemuda terbabit yang melepaskan geramnya.
Pengguna media sosial yang dikenali sebagai Azikry Yaakub III berkata tidak semua orang boleh menahan sabar dan melepaskan kemarahan.
“Fikir marah, memang tak semua orang boleh tahan. Tapi kita kena cuba sedaya upaya untuk tenang dan sabar fikir kesan jika sudah terlanjur melepaskan geram sampai belasah macam ini.
“Siapa salah itu dah jadi no 2. Dunia ada undang-undang jugak. Terpaksa akur. Takziah bro, memang kau kena angkut rasanya walaupun kau “mungkin” tak bersalah tapi kau dah buat cara salah,” tulisnya.
Seorang lagi, Abdul Rauf berkata mungkin ada sebab pemuda itu terlalu marahkan pemandu kereta berkenaan.
“Tapi jangan terlalu mengikut kemarahan sangat… hormatlah sikit orang tua.
“Kalau pakcik tu mati sakit jantung, tak pasal-pasal kena tuduh membunuh tanpa niat. Benda boleh selesai elok-elok,” katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan klip video susulan yang dimuat naik di media sosial, pemuda terbabit telah ditahan selepas beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian.
Warga emas terbabit juga dibawa ke balai polis untuk memberi keterangan.