Apa hubungan istimewa Apandi dengan Jho Low? soal DAP kepada bekas AG

July 17, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen DAP mempersoalkan hubungan istimewa bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dengan penjenayah dikehendaki negara, Low Taek Jho atau Jho Low.

Apandi sebelum ini mengakui menjadi wakil perantara bagi Jho Low dengan kerajaan Malaysia dalam penyelesaian RM1.5 bilion bagi menutup pertuduhan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagaimanapun Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam juga mengesahkan sudah menolak tawaran tersebut.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendesak supaya Apandi menjelaskan hubungan istimewanya dengan Jho Low sehingga sanggup menjadi wakil perantara kepada ahli perniagaan dikehendaki itu.

“Adakah Mohamad Apandi Ali menjelaskan hubungannya dengan Jho Low selain menerangakan faedah yang diterima daripada hubungannya dengan Jho Low itu,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata pihak berkuasa Malaysia gagal mengesan Jho LOw yang merupakan orang dikehendaki dengan notis merah Interpol, dan telah didakwa ‘tanpa hadir’ di mahkamah Amerika Syarikat (AS) serta Malaysia berhubung peranannya dalam skandal 1MDB, tetapi Jho Low sendiri tidak mempunyai masalah untuk mencari Idrus malah wakilnya juga dapat memastikan pertemuan dengan AGC.

“Adalah salah apabila Idrus membenarkan AGC bertemu dengan wakil Jho Low. Daripada memburu Jho Low, Idrus harus menjelaskan mengapa AGC sanggup bertemu dengan wakil Jho Low.

“Adakah Idrus tidak menghantar mesej yang salah bahawa pegawai tertinggi undang-undang Malaysia sanggup menangani penyangak dan pelarian yang dikehendaki daripada menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih?” soal Ahli Parlimen Bagan itu.

Guan Eng juga membangkitkan tindakan Apandi pada 2016 lalu yang membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku membabitkan 1MDB.

Lim menegaskan bahawa tidak sepatutnya ada sebarang penyelesaian dengan Jho Low berhubung dakwaan jenayahnya, dan berkata:

“DAP membantah sebarang perjanjian dengan Jho Low dan pembayaran sama ada RM1.5 bilion atau sebarang jumlah wang sebagai pertukaran untuk membebaskan ahli perniagaan itu daripada sebarang jenayah yang dilakukan.

“Ini bukan sahaja tidak bermoral dan tidak beretika tetapi juga salah di sisi undang-undang. Lagipun, semua aset Jho Low berjumlah berbilion ringgit boleh dirampas apabila didakwa dan disabitkan kesalahan.”

Selain itu, Pengerusi Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh juga mendesak Apandi supaya tampil mendedahkan semua maklumat berhubung pertemuan yang diatur itu, adakah ia bertujuan untuk membebaskan Jho Low daripada semua pertuduhan jenayah dihadapinya.

“Apandi perlu memberi penjelasan sama ada beliau dibayar Jho Low bagi perkhidmatan diberikannya. Jika dibayar, persoalan yang timbul adalah adakah pembayaran itu dibuat menggunakan dana 1MDB?.

“Adalah aneh bahawa orang yang pernah berminat untuk membawa pulang Jho Low bagi menghadapi pertuduhan di Malaysia kini terlibat dalam rundingan penyelesaian dengannya,” kata Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Semalam Apandi mengakui bertanggungjawab mengaturkan beberapa pertemuan antara wakil Jho Low dengan wakil kerajaan Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan bekas Peguam Negara itu menjadi wakil bagi penjenayah rasuah dikehendaki tersebut dalam mengatur penyelesaian bernilai RM1.5 bilion berhubung kes pendakwaan 1MDB yang dihadapinya.

Apandi dalam kenyataannya memberitahu dihubungi oleh firma Washington DC, Kobre & Kim pada akhir Mei lalu, yang meminta bantuannya untuk mengaturkan pertemuan dengan Peguam Negara.

Menurutnya, tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan pemulangan wang yang didakwa diselewengkan Jho Low daripada 1MDB.

“Saya aturkan beberapa pertemuan, di mana wakil dari Kobre & Kim datang ke Malaysia. Dalam pertemuan itu, yang dibuat di Jabatan Peguam Negara (AGC), kerajaan diwakili oleh peguam negara dan pegawainya, serta pegawai kanan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selepas pertemuan itu, yang ketika itu nampak positif, ia tiba-tiba dibatalkan oleh AGC atas sebab yang hanya mereka tahu,” katanya dalam kenyataan itu.

Jho Low dikaitkan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB dan telah didakwa tanpa kehadiran di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Pada 2018, Jabatan Kehakiman AS sudah mendakwa Jho Low dengan konspirasi untuk mengubah berbilion dolar daripada dana kekayaan negara Malaysia, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika.

Di Malaysia, Jho Low dan rakan sekutunya berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion. Jho Low juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram berasingan dengan pembantunya Eric Tan Kim Loong sebanyak AS$125.97 juta.

Berita berkaitan
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu· Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
24 jam lalu· Isu semasa
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
24 jam lalu · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok