Anxiety: Serangan panik, cemas tiba-tiba

September 25, 2022 · Isu semasa

Pernahkah anda tidak semena-mena berasa resah dan cemas? Berpeluh, degupan jantung menjadi laju dan akhirnya terasa sesak nafas. Kadangkala terasakan diri kurang selamat dan jadi tidak keruan. Apabila menjalani pemeriksaan kesihatan, keadaan darah, oksigen dan organ lain berada dalam keadaan normal.

Sebenarnya, perkara itu boleh disebabkan masalah mental yang dipanggil kebimbangan melampau dan berlaku pada individu tertentu.

Situasi ini  pernah dialami Zizan Razak yang mengakui  di sebalik populariti yang diraih banyak perkara terpaksa dikorbankan oleh pelawak dan pelakon berkenaan. Zizan, 38, berkata, dia pernah melalui fasa yang mana dia terlalu memberi fokus kepada karier yang memerlukan komitmen tinggi sehingga mengabaikan nikmat paling penting iaitu kesihatan.

Dedah pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini, dia pernah mengalami kebimbangan melampau (anxiety) sehingga menerima rawatan selain menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Kerja kuat sekalipun, kesihatan kena jaga, tidur perlu cukup. Saya sudah lalui ketika terlalu sibu bekerja sehingga abaikan kesihatan. Rambut sampai gugur akibat tak cukup tidur.

“Ada kerja yang beri bayaran lumayan tetapi hujung-hujung saya sendiri tertekan dan mengalami anxiety. Banyak duit sekali pun kalau tak sihat, tidak berguna.

“Saya pernah ke IJN kerana takut ada masalah jantung tetapi Alhamdulillah doktor beritahu saya sihat dan menasihatkan agar saya mendapatkan rehat mencukupi,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Konsultan Motivasi dan Kaunseling Hushim Salleh, kebimbangan melampau merujuk kepada situasi seseorang akan terlampau risau dengan perkara remeh sedangkan pada akal fikiran yang waras, hal itu dapat diselesaikan dengan mudah.

Antara spektrum penyakit itu adalah serangan panik yang mana kerisauan itu muncul secara tiba-tiba. Simptomnya pula seperti jantung berdegup dengan kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh yang datang secara mendadak sehingga pesakit berasa ‘mahu mati’.

Jika hal berkenaan terjadi, seseorang tidak seharusnya berdiam diri sebaliknya disaran merujuk kepada pakar psikiatri dan psikologi yang akan menilai selain mencadangkan rawatan susulan.

Pun demikian, timbul pandangan nakal kononnya penyakit kebimbangan melampau dikaitkan dengan masalah jiwa, sakit mental atau dengan istilah mudah, gila.

“Terdapat beberapa punca seseorang mengalami kebimbangan melampau apabila tidak dapat mencapai target dan mengalami ketidakseimbangan dalam hidup.

“Lebih membimbangkan, masih ramai yang turut merasai impak pandemik pada masa ini meskipun negara sudah masuk ke fasa endemik.

“Isu buang kerja dilihat menjadi punca yang mendorong kepada masalah-masalah lain seperti pergaduhan rumah tangga dan penceraian. Ada yang meluahkan niat untuk bunuh diri. Ada pula klien yang merupakan remaja enggan sambung sekolah kerana ingin bekerja membantu ibu bapa,” katanya.

Mengulas lanjut, Hushim berkata,  punca-punca ini menjadi faktor seseorang mengalami kembimbangan melampau kerana mereka terlalu banyak berfikir.

Hakikatnya, ini antara  jenis penyakit mental yang lazim. Satu kajian komuniti di Malaysia menunjukkan sekitar lapan peratus rakyat dewasa negara ini mengalami gejala kebimbangan melampau. Oleh sebab penyakit itu tidak dapat dilihat secara fizikal, banyak kes-kes yang tidak dirawat.

“Ramai salah faham kerana pemeriksaan kesihatan biasanya mendapati fizikal seseorang itu sihat, pesakit anxiety sering dianggap mengadakan-adakan masalah. Lebih buruk, ada yang tidak dapat sokongan ahli keluarga dan persekitaran.

“Salah faham sebegitu perlu diperbetulkan kerana jika tidak dirawat, ia boleh memberi kesan jangka masa panjang pada individu itu,” katanya.

Justeru, Hushim menasihatkan orang sekeliling termasuk keluarga dan rakan-rakan perlu memahami dan jangan meremehkan perasaan dan pengalaman mereka.

Berita berkaitan
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok