Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun

January 29, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan anak perempuannya, Nurul Izzah dilantik sebagai sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.

Terdahulu, media melaporkan anak Perdana Menteri itu dilantik sejak 3 Januari lalu dan ia kemudiaan disahkan oleh Anwar selepas ditanya media berhubung isu tersebut.

“Ya, saya yang meminta, mempelawa dia untuk bantu saya tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar juga mempertahankan lantikan anak itu walaupun terdapat pertikaian berhubung kelayakan akademiknya untuk dilantik memegang jawatan tersebut di kementerian.

“Saya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi lapan tahun saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini.

“Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) sebelum ini pun tiada kelulusan berkaitan (portfolio) masing-masing. Kalau nak dibangkitkan, mestilah konsisten.

“Apakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Ataupun seorang Menteri Air mesti seorang jurutera? Tak pernah berlaku macam itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, antara yang memuat naik komen dan ucapan tahniah yang dilihat sinis melalui ciapan di Twitter.

Terdahulu, menurut laporan The Star berhubung lantikan tersebut, Izzah berkata berharap dapat memanfaatkan pengalamannya sebagai ahli Parlimen sebelum ini sejak empat dekad lalu dalam peranan baharunya itu.

“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara.

“Sebagai sebahagian daripada penyediaan Belanjawan, kami bukan sahaja bertemu kelompok peniaga dan pihak berkepentingan tetapi kami juga mendapatkan input daripada rakyat terutamanya mereka dalam kumpulan B40, dan M40,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Izzah tewas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
5 jam lalu· Uncategorized
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
2 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok