Anwar merungut tapi tiada idea bagus tangani inflasi: Shahril

July 18, 2022 · Isu semasa

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan membidas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil meminta bekas Timbalan Perdana Menteri itu supaya membuka fikirannya mengenai isu subsidi dan dasar untuk menangani inflasi.

“Selama berminggu-minggu anda merungut tentang subsidi tidak mencukupi. Malah, pada 27 Jun anda meminta lebih banyak subsidi. Anda menghasut orang untuk pergi ke jalanan dan meluahkan rasa tidak puas hati mengenai subsidi.

“Sekarang apabila kerajaan menunjukkan bahawa subsidi yang disediakan adalah yang terbesar, anda berkata ‘mengapa bergantung kepada subsidi?’

“Baru semalam dia mengulangi janji untuk menurunkan harga petrol. Apakah mekanisme yang dia akan gunakan jika bukan subsidi yang lebih besar lagi?” Shahril berkata.

Kenyataan Shahril dibuat selepas ahli Parlimen Port Dickson itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini berkata tindak balas pentadbiran UMNO terhadap inflasi tidak mencukupi, dan menggesa pembaharuan struktur dilakukan.

“Berdasarkan kenyataan hari ini, jika beliau menjadi perdana menteri, kita tidak akan mendapat subsidi? Kita akan bergantung kepada ‘pembaharuan struktur’ untuk menguruskan inflasi?

“Beritahu saya pembaharuan struktur yang dilakukan hari ini boleh menyelesaikan masalah esok dan akan mengekalkan inflasi di bawah 3 peratus?”

“Apakah idea bagus anda untuk membendung susut nilai mata wang? Anda mahu Bank Negara Malaysia mengikuti bank pusat lain dan menaikkan kadar faedah yang sangat tinggi untuk terus sejajar dengan Fed AS? Dolar semakin kukuh di peringkat global.

“Apakah rancangan Pakatan Harapan (PH) untuk memperlahankan susut nilai? Jika bukan kadar faedah maka bagaimana? Macam Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)? Habiskan rizab asing kita?” kata Shahril yang juga Pengarah Ekonomi Perdana Menteri.

Beliau berkata PH tidak sepatutnya bercakap mengenai reformasi struktur sedangkan dalam tempoh 22 bulan mereka berkuasa, apa yang mereka lakukan hanyalah menarik balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) .

“Pembaharuan struktur mereka lebih seperti struktur mengundur.

“BN telah memulakan reformasi struktur tetapi kita faham bahawa untuk menyelesaikan masalah hari ini, campur tangan jangka pendek dan panjang diperlukan,” katanya.

Bagi mengimbangi kenaikan harga barangan keperluan, kerajaan telah membelanjakan lebih RM77 bilion subsidi untuk mengekalkan inflasi pada kadar terurus 2.8 peratus, salah satu daripada kadar inflasi terendah di rantau ini.

Pembiayaan yang diperuntukkan untuk subsidi adalah lebih dua kali ganda daripada peruntukan asal sebanyak RM31 bilion pada 2020.

Berita berkaitan
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
8 jam lalu· Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
18 jam lalu· Isu semasa
Belum jumpa formula, Rafizi mungkin sudah terkena sihir UMNO
January 24, 2023· Politik
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023 · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023 · Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
January 27, 2023 · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
12 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok