Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS

February 1, 2023 · Isu semasa

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan lantikan anaknya bukan suatu nepotisme, bagaimanapun sebuah badan menegaskan sebaliknya.

Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata langkah Perdana Menteri itu melantik anaknya, Nurul Izzah boleh menimbulkan persoalan berkaitan isu nepotisme dan menjadi duluan tidak baik, ia walaupun Anwar menyangkal kritikan tersebut.

“Nurul Izzah sangat kompeten dan layak, mengambil kira pengalamannya sebagai ahli parlimen selama tiga penggal dan memiliki ijazah sarjana dasar awam dari universiti luar negara ternama.

“(Namun) pelantikan yang dibuat dengan cara ini adalah tidak produktif dan boleh membawa kepada persoalan berkaitan nepotisme, konflik kepentingan dan malah terhadap keputusan dasar awam yang akan dibuat oleh pentadbiran.

“Ia juga boleh menjadi duluan kepada pelantikan ahli keluarga yang lain, yang boleh terus menjejaskan reputasi kerajaan,” kata Ideas dalam kenyataan hari ini.

IDEAS juga menggesa supaya kerajaan menepati janjinya dalam mengamalkan urus tadbir yang baik selari dengan prinsip yang diperjuangkan mereka sebelum ini.

“IDEAS berharap walaupun ia bermasalah, pelantikan ini akhirnya adalah untuk kepentingan rakyat dan Nurul Izzah akan bekerja bersama kementerian yang berkaitan untuk mencapai reformasi yang sangat diperlukan negara.

“Ia termasuklah menangani isu struktur ekonomi yang sekian lama menjadi masalah negara, seperti cabaran perlindungan sosial, fiskal, pembaharuan cukai dan daya saing industri,” katanya lagi.

Izzah menjadi perhatian selepas memberitahu media bahawa Anwar melantiknya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi sejak 3 Januari lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk daripada Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana menyifatkan ia sebagai satu bentuk amalan nepotisme yang tidak sihat.

Anwar juga sebelum ini mempertahankan pelantikan Izzah itu dibuat berdasarkan kelayakannya.

Katanya, Izzah mempunyai ijazah kejuruteraan dan bidang dasar awam dari Universiti Johns Hopkins di AS.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan langkah Anwar melantik Izzah boleh dilihat sebagai kembalinya amalan kronisme dan nepotisme di negara ini.

“Pada pandangan kami, ia memberi isyarat yang salah dan saya khuatir jika tidak diperbetulkan, ia akan diambil kira dalam persepsi umum di negara ini.

“Persepsi hari ini ialah kronisme telah kembali dan nepotisme telah menyelinap masuk, dan ini tidak baik,” kata Presidennya Muhammad Mohan dipetik laporan Malaysiakini.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
7 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Wan Ahmad Fayhsal kemuka usul tergempar KWSP di Dewan Rakyat
March 31, 2023 · Isu semasa
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
44 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
55 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok