Anwar juga tiada majoriti jadi PM, lebih baik beri rakyat mandat dalam PRU

August 10, 2021 · Isu semasa

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa-rupanya juga tiada majoriti untuk dilantik Perdana Menteri (PM) baharu dan semata-mata hanya mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lebih celaru, Anwar hanya mempunyai sokongan daripada parti blok pembangkang yang terdiri daripada partinya sendiri PKR, DAP dan Amanah tetapi tidak mendapat sokongan padu daripada parti-parti lain yang bukan berada dalam kerajaan.

Lebih menghairankan, 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO yang diketuai anak murid Anwar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya dikatakan akan menyokongnya juga tidak mencalonkan Presiden PKR itu sebagai PM pilihan mereka.

Dalam surat akuan yang diutuskan UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong tidak menyatakan PM pilihan baharu mereka tetapi sekadar menyatakan menarik sokongan sahaja, ia bermakna Anwar juga tidak mendapat sokongan daripada blok UMNO yang bersama Zahid.

Senario semasa ini bermakna, parti-parti yang berada di blok pembangkang yang kini ditambah 14 MP UMNO juga tidak sepakat untuk melantik Anwar sebagai PM baharu mereka.

Muhyiddin sebelum ini berkata usul undi percaya akan dibawa ke sidang Parlimen pada September ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membuktikan keabsahan pentadbirannya, ia susulan tindakan Zahid bersama beberapa MP UMNO yang bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada 3 Ogos lalu.

Menurut seorang penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, melihat keadaan pembangkang yang berpecah dan tidak mempunyai hala tuju untuk memilih calon PM mereka, ia memberi kelebihan kepada Muhyiddin namun pilihan masih ada untuk kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen bagi memberi mandat kepada rakyat agar kestabilan politik dapat dikembalikan.

“Sepatutnya kalau usul tak percaya dah dilulus, PM sama ada perlu letak jawatan atau bubar Parlimen, itu prosedur dia. Jika PM letak jawatan terpulang kepada Agong untuk pilih PM baharu yang pada hemat Baginda boleh dapat kepercayaan majoriti MP.

“Dalam keadaan pembangkang berpecah pastilah Muhyiddin boleh naik balik. Tapi jika Muhyiddin minta bubar Parlimen maka akan ada PRU (Pilihan Raya Umum), melainkan jika Agong tak perkenan. Dalam keadaan Agong tak perkenan adakan PRU terpulang kepada Agong untuk pilih PM baharu yang pada hemat Baginda boleh dapat kepercayaan majoriti MP,” katanya kepada Agenda Daily.

Kamarul Zaman berkata kestabilan politik perlu dalam memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan terurus, mengambil kira pelaksanaan vaksinasi yang berjalan lancar mungkin PRU boleh diadakan sekitar hujung Oktober selepas mencapai imuniti berkelompok waktu itu.

“Jika PRU dipanggil sekitar akhir Oktober atau awal November pun tiada masalah sebenarnya, sebab herd immunity sudah tercapai pada akhir Oktober.

“Cuma kena buat SOP (prosedur operasi standard) pencalonan, kempen dan pengundian yang lebih ketatlah untuk pastikan Covid 19 tidak merebak,” katanya.

Seorang MP UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah mengadakan PRU dengan memberi mandat kepada rakyat adalah jalan keluar kepada kemelut politik ketika ini, ia bagaimanapun perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sekurang-kurangnya kes Covid-19 diturunkan terlebih dahulu.

“Kalau Agong setuju untuk adakan PRU, jadi PRU lah yang terbaik. Kita bagi Covid rendah dulu, sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan. Kemudian buatlah pilihan raya,” katanya kepada Agenda Daily.

Dalam pada itu, Zahidi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti pula, langkah mengadakan pemilihan parti adalah keputusan terbaik ia bagi memastikan Presiden UMNO ditentukan keabsahannya selepas tamat mandat pada 30 Jun lalu.

“Sebab itu saya kata, saya sanggup letak jawatan kalau bukan Zahid yang Presiden. Sebab kalau MT sanggup ikut kata Zahid untuk terima DAP, seeloknya kita buatlah pemilihan segera,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar juga sebelum ini berpendapat mengembalikan semula mandat rakyat merupakan jalan terbaik untuk mengatasi kemelut politik yang berlaku di negara ketika ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut bukanlah bermaksud kerajaan perlu mengadakan PRU15 dalam waktu terdekat, tetapi ia harus segera diadakan apabila keadaan negara sudah kembali stabil.

“Saya melihat satu saja penyelesaian untuk menangani kemelut politik di negara kita iaitu serah semula mandat kepada rakyat. Kalau rakyat setuju dengan segala program yang dilakukan kerajaan sekarang, maka rakyat akan memilih kembali kerajaan yang ada ini.

“Masing-masing akan menilai sewaktu pilihan raya nanti. Rakyat tidak akan menolak kerajaan kalau rakyat suka.

“Tetapi kalau rakyat merasakan sudah cukup dengan kerajaan yang ada, maka itu hak rakyat melalui medan pilihan raya,” katanya lapor sebuah portal.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok