Anwar juga senada dengan Zahid, tak risau dengan ramalan kerajaan tumbang

March 3, 2023 · Isu semasa

Ramalan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) tidak dibimbangi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilihat senada dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan menyifatkan ramalan kerajaan campuran akan tumbang yang dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ‘mengigau’ dan tidak mungkin akan berlaku.

“Tak apalah…itu hak dia (Abdul Hadi) untuk merancang dan mengigau,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar terdahulu menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Qaryah Serdang di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

Semalam, Presiden UMNO itu dilaporkan berkata tidak perlu ditakuti dengan ramalan dibuat Hadi tetapi menasihati jika mahu menukar kerajaan ia perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) depan dan bukan sekarang.

“Ketepikanlah soal perbedaan pendapat. Kalau mahu tukar kerajaan, tukar dalam PRU depan.

“Kalau penggal yang lalu, tiga pertukaran Perdana Menteri dan Malaysia menjadi bahan ketawa seluruh dunia… jangan lakukan kerja-kerja buruk ini untuk menyusahkan rakyat sekali lagi,” katanya.

Hadi ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Parlimen Selasa lalu, yang mengingatkan pemimpin kerajaan sedia ada supaya tidak menyalahkan pembangkang sekiranya pentadbiran hari ini jatuh sekali lagi.

Hadi berkata, jika ia berlaku pemimpin dan penyokong PH tidak boleh mengatakan ia ‘tebuk atap’ sebaliknya ia berlaku akibat ‘atap bocor’.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan ‘tebuk atap’, tetapi ‘atapnya bocor’, ‘pintunya terbuka’ dan ‘dindingnya pecah’,” katanya

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
1 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok