Anwar gesa kerajaan tambah bantuan kepada mangsa banjir

January 3, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu menambah wang bantuan kepada mangsa banjir sekurang-kurangnya RM,000 hingga RM10,000 bagi meringankan beban mereka yang terjejas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata penilaian jumlah bantuan tersebut perlu mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami akibat bencana yang dialami mereka.

“Kerajaan mesti segera menyalurkan bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir yang terkesan.

“Semua mangsa banjir saat ini dalam keadaan yang cukup derita dan terdesak tatkala mereka kini dibebankan dengan kerugian yang amat dahsyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Gesaan tersebut dibuat Anwar selepas kerajaan tidak membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi yang melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kerajaan mesti ada rancangan dan jalan baharu dalam mengemudi negara, terutamanya di saat krisis dan dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan pelbagai bentuk bantuan disediakan kepada mangsa banjir di seluruh negara, dengan sebahagian besar dana bantuan dikhususkan kepada ketua isi rumah (KIR).

Selain mengumumkan bantuan wang tunai RM2,500 untuk pembelian barangan keperluan serta bantuan membina rumah baharu sehingga RM56,000, Ismail Sabri juga mengumumkan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Bagi kerosakan serius pula, kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000, sementara bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.

Berita berkaitan
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
16 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok