Anwar disiasat kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam

April 27, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan adalah berkaitan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian

Siasatan itu dibuat selepas polis memperoleh perintah untuk menyiasat mengikut Seksyen 108 (2) Kanun Tatacara Jenayah daripada pendakwa raya, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Beliau juga mengesahkan polis sudah mengambil percakapan Anwar mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah hari ini.

Katanya, rakaman audio berdurasi empat minit 17 saat perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula tular di beberapa laman sosial dan rangkaian telekomunikasi pada awal April mencetuskan kebimbangan dan kegentaran kepada awam yang kemudian tampil membuat laporan polis.

“Siasatan telah dijalankan ekoran 18 laporan polis yang diterima daripada 17 orang wakil politik dan seorang individu awam, mendesak agar siasatan dijalankan bagi menentukan kesahihan atau mungkin terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan rakaman audio tersebut dengan tujuan untuk mencetuskan kegentaran awam dan mewujudkan perasaan tidak harmoni di antara kedua-dua parti politik,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Huzir berkata, penularan rakaman audio perbualan itu memberikan pelbagai persepsi negatif dan menimbulkan kebimbangan masyarakat berdasarkan beribu-ribu komen netizen di media sosial.

Katanya, siasatan terperinci juga akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang membuat rakaman audio berkenaan, motif disebarkan dan adakah wujud modifikasi rakaman itu.

Bagaimanapun, Huzir tidak menyatakan sama ada polis juga akan memanggil Zahid untuk memberi keterangan.

Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok