Antivaksin sebar berita palsu, PDRM buka dua kertas siasatan

October 16, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan terhadap individu yang dipercayai antara golongan antivaksin susulan perkongsian berita palsu berhubung pengambilan suntikan vaksin Covid-19 di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kertas siasatan pertama melibatkan satu klip video yang memaparkan seorang wanita mengaitkan kematian dua orang murid sekolah di Ipoh, Perak dengan pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri dalam tempoh terdekat untuk arahan lanjut,” katanya dalam laporan Bernama.

Abd Jalil berkata kertas siasatan kedua pula membabitkan pemilik akaun Twitter Khalid@khalids yang memuat naik ciapan berhubung kematian 41 orang guru disebabkan suntikan vaksin Covid-19.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“PDRM masih menunggu laporan profiling daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan selanjutnya,” kata Abd Jalil.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan sumber kesahihannya sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kementeriannya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu.

 

 

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok