Antivaksin, Khairy enggan kompromi tak kisah dipanggil dajjal

October 18, 2021 · Isu semasa

Sekalipun dilabel sebagai dajjal atau apa sahaja, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan berkompromi dengan kumpulan antivaksin yang tidak berpuas hati dengan pendiriannya yang bertegas dalam isu vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan itu berkata tidak kisah sekiranya dilabel dengan gelaran tertentu hanya kerana tidak sependapat dengan kumpulan antivaksin dan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang menyebarkan berita tidak benar berhubung vaksin.

“Panggillah saya dajjal atau apa saja. Maaf, saya harus bertegas dengan isu ini,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya yang turut memuatnaik sama video Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan tetap dengan pendirian vaksin terbukti berkesan dalam mencegah penularan Covid-19 dan ia sudah terbukti secara saintifik.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul.

“Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Dan kita terus memberi penerangan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Khairy mengumumkan kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap antivaksin dengan “mengenakan pelbagai kesukaran” terhadap golongan itu.

“Maaf saya katakan, kalau anda tidak mahu menerima vaksin atas pilihan sendiri, jadi kita akan buatkan hidup anda sukar, dan ia akan berterusan begitu,” kata Khairy.

Menurutnya, golongan yang enggan menerima vaksinn tidak dapat menikmati kelonggaran seperti makan di restoran dan pergi ke pusat beli-belah.

Bagaimanapun, Khairy berkata bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera.

Pendirian Khairy tersebut dibidas Anwar yang menyifatkan ia tindakan yang keterlaluan terhadap kumpulan antivaksin.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok