Annuar Musa nafi nikahi Nora

April 29, 2021 · Isu semasa

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Anuar Musa menafikan beliau telah berkahwin dengan penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, 48, atau Nora, seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Sambil menyifatkan ianya sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya, Ahli Parlimen Ketereh turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin sehingga turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.

“Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga.

“Setahu saya daripada keluarga yang cukup terhormat. Saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain,” katanya hari ini.

Beliau berkata, setakat ini beliau tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut sebaliknya meminta pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan bermuhasabah.

“Bagaimanapun, saya doakan orang tersebut mengambil iktibar bulan Ramadan ini kurangkan lah perkara mungkar, saya tak nak marah-marah, elok sabar sajalah, ” katanya.

Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Annuar, 65, Nora sudah bernikah sebagai isteri kedua.

Hari ini, Nora menafikan desas-desus beliau berkahwin dengan Annuar dan menganggap kekecohan yang tercetus dalam media sosial sebagai gurauan. Beliau juga menegaskan dirinya masih solo hingga ke hari ini.

Berita berkaitan
Selepas dikritik Zahid, Annuar balas siapa guna parti seperti hak peribadi?
April 24, 2022· Politik
DAP tak berhak paksa UMNO terima Anwar jadi PM
May 5, 2021· Politik
Nora nafi nikah Annuar Musa
April 29, 2021· Isu semasa
Pukulan maut dalam UMNO?
April 23, 2021· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok