Annuar mohon PKP lebih ketat di Kuala Lumpur

May 8, 2021 · Isu semasa

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memohon kerajaan mempertimbangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang paling ketat dikenakan di Kuala Lumpur bagi mengekang penularan Covid-19.

Katanya, laporan yang dibentangkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjurus ke arah penularan Covid-19 secara besar-besaran dan bakal mengancam tahap kapasiti hospital di Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur hari ini mencatat kes kedua tertinggi di seluruh negara dengan 557 kes di belakang Selangor yang merekodkan 1,722 kes.

“Saya akan memohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyemak semula peraturan dan PKP yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan dan seluruh negara.

“Saya merasakan PKP yang seketat-ketatnya diperlukan agar rantaian penularan segera diputuskan dan kelok kes positif dilandaikan,” katamya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Annuar mendengar taklimat disampaikan Dr Noor Hisham serta meneliti pekeliling kepada pengarah hospital di seluruh negara berhubung persiapan meningkatkan keupayaan hospital, serta memerhati situasi dan laporan pematuhan.

Annuar berkata, beliau akan memohon MKN untuk menyemak semula peraturan dan PKP yang sedang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan saya berpandangan perintah PKP lebih ketat dan berkesan diperlukan serta-merta.

“Keselamatan dan nyawa rakyat perlu didahulukan dan kita perlu bersedia berkorban menghadapi musibah dan kesukaran kecil demi mengelak bencara dan kesukaran yang lebih besar,” katanya.

Mulai hari ini, polis menggerakkan sekatan jalan raya (SJR) di sembilan kawasan di sini bermula hari ini bagi memantapkan pelaksanaan PKP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula pada 7 hingga 20 Mei ini.

Sekatan jalan raya dilaksanakan dilakukan di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Sentul Pasar, di hadapan Balai Polis Kepong, Jalan Klang Lama, Jalan 2/27A Wangsa Melawati, Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa dan Lebuhraya Bukit Jalil.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok