Annuar komited pastikan KKMM lebih proaktif, diperkasa

August 27, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Annuar Musa yang dilantik semula membarisi Jemaah Menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memikul tugas baharu sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan beramanah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau komited untuk merangka hala tuju kementerian itu supaya lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara supaya seluruh Keluarga Malaysia memperoleh manfaat.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memainkan peranan penting terutama ketika negara berdepan pelbagai cabaran pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi serta keperluan pemerkasaan sektor digital selain membela kehidupan rakyat.

Dalam pentadbiran kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, beliau memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Isnin ini.

“Saya menjunjung kasih di atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantik saya sebagai Menteri KKMM dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri yang memilih saya menganggotai Kabinet beliau. Kepercayaan dan amanah yang diberikan ini adalah satu penghormatan yang amat besar buat diri saya, rakyat di Parlimen Ketereh dan juga kepada UMNO serta Barisan Nasional yang saya wakili,” katanya.

Annuar berkata, beliau akan berusaha sedaya upaya memikul tugas serta amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Justeru, beliau berharap mendapat kerjasama penuh daripada seluruh pegawai dan keluarga KKMM serta agensi di bawahnya.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan kita dapat bekerjasama dalam satu saf yang tersusun di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok