Anifah Aman pula nafi terima wang UKSB, sedia bantu siasatan

June 20, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) seperti yang disebut ketika perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Presiden Parti Cinta Sabah itu dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan beliau bersedia untuk tampil membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Sebagai Menteri Luar ketika itu, saya bertemu dengan ramai orang. Seingat saya, saya tidak pernah berjumpa dengan David Tan mahupun menerima sebarang wang daripadanya atau UKSB.

“Saya tidak tahu siapa mereka dan saya tidak mempunyai sebarang urusan dengan mereka dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Sebelum ini, bekas Pengurus UKSB David Tan Siong Sun ketika perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO itu menamakan beberapa pemimpin politik, terutama Ahli Parlimen, yang didakwanya menerima wang daripada syarikat itu.

UKSB adalah syarikat yang mengendalikan sistem visa luar negara (VLN) dan mendapat sambungan kontrak yang diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri.

Susulan dakwaan itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada David Tan telah menerima bayaran tertentu untuk membuat kenyataan sedemikian.

Selain Anifah, nama lain yang disebut ialah bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Muhyiddin sebelum ini menafikan menerima wang UKSB kerana pada tarikh yang disebut itu beliau menjalani pembedahan akibat kanser serta bercuti, sementara tugas Menteri Dalam Negeri ketika itu diambil alih Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri ketujuh.

Kelmarin, SPRM mengumumkan membuka kertas siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh David Tan berhubung pemberian wang kepada individu berkenaan.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali OSC di China dan Sistem VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
11 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu· Isu semasa
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
July 2, 2022· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
8 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
8 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok