[KEMAS KINI] 18 daripada 31 kluster baharu jangkitan di tempat kerja

July 19, 2021 · Isu semasa

Seramai 129 pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak kes pertama dikesan di negara ini pada Mac tahun lalu meningkat kepada 7,148.

Angka ini adalah hari ketiga berturut-turut negara melaporkan kes kematian akibat Covid-19 melebihi 100 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu juga 6,439 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 791,388 kes berbanding jumlah positif keseluruhan sebanyak 927,533.

“Sebanyak 128,997 kes masih aktif. Daripada jumlah itu 915 dirawat di unit rawatan rapi dan 435 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan 10,972 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, termasuk 48 kes import.

Beliau juga berkata daripada jumlah kes baharu itu 26 kes membabitkan Kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan; 42 kes Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen; Kategori 3 (radang paru-paru) sebanyak 103 kes; Kategori 2 (gejala ringan) dengan 4,464; dan Kategori 1 (tidak bergejala) 6,337 kes.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, 1.5 peratus atau 171 kes yang dilaporkan berada pada Kategori 3, 4 dan 5.

Meskipun peratusan kes dalam kategori ini tidak tinggi, namun harus diambil perhatian bahawa:

Kes kategori 5: Memerlukan purata tempoh jagaan di unit rawatan rapi (ICU) selama 21 hari;

Kes kategori 4: Memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 14 hari;

Kes kategori 3: Memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama bagi yang berisiko tinggi.

Dr Noor Hisham berkata, tempoh masa yang lama diperlukan bagi kes-kes ini untuk diberi jagaan di wad dan ICU, mengakibatkan kapasiti katil yang sememangnya terhad kian hari menjadi semakin penuh dan sesak.

“Ini akan terus membebankan sistem kesihatan terutamanya di ICU, hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya.

Beliau juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu, 31 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 3,281 dengan 2,361 kluster telah ditamatkan.

Dr Noor Hisham berkata 18 kluster membabitkan jangkitan tempat kerja dengan Kluster Industri Jalan Seelong di Kulai, Johor merekodkan jangkitan tertinggi iaitu membabitkan 191 individu; Kluster Dah 3/6 Industri Sungai Petani di Kedah (80 kes) dan Kluster Tapak Binaan Jalan Kamuning di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (76 kes).

Beliau berkata Johor dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan empat kluster tempat kerja, diikuti Kuala Lumpur (tiga), Melaka (dua), dan masing-masing satu di Kedah, Perak, Sabah, Selangor dan Pahang.

Lapan kluster komuniti turut dicatatkan membabitkan masing-masing dua di Johor dan Kelantan, dan masing-masing satu di Pahang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu.

Kelantan dan Kuala Lumpur turut merekodkan satu kluster kumpulan berisiko tinggi, manakala dua kluster pusat tahanan dilaporkan di Melaka. Selain itu Johor turut mencatat satu kluster import membabitkan lima kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok