Angin bukan punca insiden peluncur para maut rempuh pokok

April 24, 2022 · Isu semasa

Faktor cuaca dan angin bukanlah punca berlaku insiden seorang para peluncur maut selepas payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum dapat dikenal pasti sehingga mengakibatkan mangsa tersangkut di atas pokok pada ketinggian 12.19 meter.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa membuat terjunan dua kali pada hari sama semasa kejadian dan siasatan lanjut mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. Polis juga telah membuka satu kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Semalam, Mohammad Farhad Khalid, 44, maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 4.56 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.

Bomba mengambil masa selama dua jam untuk menurunkan mangsa dari Subang Jaya itu berikutan ketinggian dan lokasi pokok berkenaan.

Beberapa Orang Asli yang berada di lokasi kejadian terlebih dahulu memanjat pokok berkenaan dan mengikat mangsa menggunakan tali payung terjun bagi mengelak lelaki itu terjatuh.

Bagaimanapun, Mohammad Farhad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Berita berkaitan
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023· Dunia
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023· Dunia
Seluruh Pakistan bantah penahanan Imran Khan, protes jalanan
May 10, 2023· Dunia
Banjir dan Pilihan Raya Umum Ke-15
October 18, 2022· Rencana
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
1 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok