Anggota polis wanita diberi saringan mamogram, HPV percuma: Rina

September 5, 2022 · Isu semasa

Semua anggota dan kakitangan awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya yang berusia 40 tahun ke atas serta berisiko tinggi akan diberikan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara dan saringan kanser pangkal rahim menerusi ujian Human Papillomavirus (HPV DNA) secara percuma di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata program di bawah kempen kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) itu, turut diperluaskan kepada isteri polis dan pesara polis wanita, selain keutamaan kepada mereka yang mempunyai sejarah penyakit itu dalam keluarga.

“Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melihat mereka juga perlu diberi kemudahan menjalankan pemeriksaan ini secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada jasa yang telah disumbangkan selama ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wirawati PDRM di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebagai permulaan, beliau berkata program itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke negeri-negeri bergantung kepada kesediaan LPPKN dan kontinjen PDRM negeri.

Menurut Rina agensi itu akan memberi taklimat pemeriksaan dan memudah cara kakitangan wanita PDRM membuat saringan di hospital selain menggerakkan Klinik Bergerak LLPKN untuk tujuan sama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata berdasarkan statistik oleh Cawangan Kebajikan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, seramai 23 polis wanita telah meninggal dunia pada tahun lepas dengan empat daripadanya disebabkan kanser payudara dan pangkal rahim.

Menurutnya beliau akan mengarahkan semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah untuk menggalakkan kakitangan wanita dan isteri kakitangan PDRM mengambil manfaat daripada program berkenaan di kawasan pentadbiran masing-masing. – Bernama

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Wanita didenda RM56,000 guna dokumen palsu bagi laporan Mitra
September 21, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok