Anggota polis Perak dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah

July 22, 2022 · Isu semasa

Beberapa anggota polis di Perak dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah walaupun ada antara mereka pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan tersebut, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Katanya, perbuatan tersebut dikesan apabila beberapa anggota didapati gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut, semalam, lapor Bernama.

“Kita akan mengambil tindakan tegas kerana ada antara mereka yang pernah gagal (positif dadah) dan pernah dituduh di mahkamah tetapi mahkamah telah membebaskan mereka,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar anggota tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Peringkat Kontinjen Perak yang turut dihadiri legenda rock negara, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Difahamkan, beberapa anggota gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Terdahulu, Mior Faridalathrash, dalam ucapannya, berkata berdasarkan statistik, kes jenayah penipuan dalam talian mencatatkan jumlah kes lebih tinggi berbanding jenayah komersial yang lain.

Beliau berkata secara keseluruhan sejumlah 1,094 kes jenayah komersial direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini manakala sebanyak 2,021 kes direkodkan pada tahun lepas dan sejumlah 1,919 kes dicatatkan pada tahun 2020.

Menurut beliau dalam usaha untuk mengekang peningkatan jumlah kes tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasan, pembanterasan dan pencegahan.

Beliau berkata pelbagai aktiviti dan program diadakan pada kempen Anti-Scam PDRM 2022 dengan JSJK mempromosikan penggunaan CCID Scam Response Center, CCID Infoline dan portal https://semakmule.rmp.gov.my.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok