Anggota polis Pahang dibuang dikerja 23 orang sejak dua tahun

January 18, 2022 · Isu semasa

Seramai 23 anggota dan pegawai polis Pahang dibuang kerja kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan dalam tempoh dua tahun sejak 2020, kata Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.

Beliau berkata sebanyak 14 kes direkodkan pada tahun lepas, manakala sembilan pada 2020 dengan penyalahgunaan dadah merupakan kesalahan tertinggi selain kes jenayah dan rasuah.

“Angka ini sangat membimbangkan, saya tidak boleh terima pegawai polis yang menagih dadah kerana ini adalah sesuatu yang sangat malang. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan polis akan meruntuhkan institusi keramat ini.

“Kami tidak mahu polis Pahang mempunyai zombi yang bukan sahaja menyusahkan penyelia dan rakan sekerja mereka, bahkan keluarga dan masyarakat keseluruhan. Implikasi dadah memang kita ketahui amat buruk, risikonya bukan sahaja kepada diri malah kepada mereka yang terdekat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Ramli berkata tindakan buang kerja itu diharap dapat dijadikan pengajaran dan peringatan kepada anggota serta pegawai lain yang sedang dalam perkhidmatan supaya tidak terlibat dengan sebarang bentuk kesalahan, yang memberi kesan negatif pada diri sendiri dan pasukan polis.

Sementara itu, Ramli memaklumkan 1,266 kertas siasatan pelbagai kesalahan jenayah komersial berjaya diselesaikan dan bagi kes narkotik seramai 1,101 pembekal serta 2,687 pemilik dadah telah ditangkap pada tahun lepas.

“Beberapa sindiket melibatkan kes jenayah komersial dan dadah turut ditumpaskan, namun kami tidak boleh berpuas hati begitu sahaja, tahun ini kami akan giatkan lagi terutama dalam aspek pencegahan jenayah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata lebih 300 warga IPK Pahang yang terkesan dengan kejadian banjir telah diberikan bantuan sewajarnya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 30 warga IPK Pahang.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok