Anggota polis bertugas PRU-15 mesti faham akta pilihan raya

September 26, 2022 · Isu semasa

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan menyeluruh mengenai bidang kuasa masing-masing bagi mengelak implikasi yang boleh mencabar kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sehubungan itu, semua pegawai pemerintah dan petugas perlu cakna dan memahami Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akta-akta lain yang berkaitan.

“Menghampiri PRU15 juga saya telah keluarkan arahan pada 14 September mengenai usaha pemantapan amalan kesantunan berbahasa dalam penyampaian perkhidmatan PDRM yang perlu diberi perhatian.

“Pegawai polis perlu bijak mengawal emosi dan tutur kata selain mengekalkan profesionalisme pada tahap tertinggi sepanjang bertugas terutamanya apabila berdepan situasi provokasi,” katanya sewaktu menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bulan September di Bukit Aman, hari ini (26 September 2022).

Acryl Sani berkata polis juga perlu telus menangani isu berkait mana-mana parti politik agar PDRM terus dilihat sebagai sebuah institusi kepolisan yang profesional.

“Untuk makluman saya juga telah melantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Hazani Ghazali sebagai Pengarah Operasi Polis bagi PRU15 dan semoga semua elemen di bawah KDNKA selaku jabatan pengoperasian dengan aset dan keanggotaan terbesar dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau berharap PDRM akan menggunakan secara optimum jentera pasukan dengan perancangan strategik bagi memastikan situasi PRU15 nanti aman selain pada masa sama dapat menjalankan tugas hakiki iaitu mengekalkan keselamatan negara dengan baik.

Mengenai bencana alam seperti banjir, Acryl Sani berkata beliau telah mengarahkan semua ibu pejabat polis baik di peringkat kontinjen mahupun daerah untuk bersiap-sedia, meliputi anggota dan aset yang boleh digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

“PDRM perlu ambil iktibar banjir besar yang melanda negara Disember tahun lepas yang telah menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam menghadapi krisis. Belajar dan tambah baik dari sudut mana yang perlu agar respons PDRM dalam berhadapan bencana pada masa hadapan lebih efektif dan dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok