Anggota bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri diberi penghargaan

May 22, 2022 · Isu semasa

Tindakan pantas seorang anggota bomba menyelamatkan wanita cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang yang rakaman videonya tular di media sosial semalam, mendapat penghargaan khas sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 hari ini.

Anggota tersebut, Muhammad Syahir Jamaludin, 31, berkata beliau bersyukur dengan penghargaan yang diberi, selain turut teruja kerana dapat menaikkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), lapor Bernama.

Katanya semasa kejadian, beliau dalam perjalanan balik ke rumah dari Seberang Perai ke bahagian pulau pada pukul 3 petang.

“Hati saya tergerak untuk berhenti di tepi jalan apabila melihat kekecohan di atas jambatan dan mendapati seorang wanita hendak terjun dengan beberapa orang awam berusaha memujuknya.

“Saya mempraktikkan segala latihan yang telah diberikan oleh JBPM untuk menyelamatkan wanita tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menerima Sijil Penghargaan Khas daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib di sini, hari ini.

Muhammad Syahir yang berasal dari Kedah, sudah 12 tahun menjadi anggota bomba dan kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, di George Town.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Tiga hari mangsa banjir tidur beralas kotak: Laporan
March 4, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok