Anggota APM dari Negeri Sembilan dikerah bantu mangsa banjir di Johor

March 5, 2023 · Isu semasa

Seramai 180 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sembilan negeri telah digerakkan ke Johor berikutan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Negeri yang terlibat itu adalah Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kesemua petugas APM berkenaan ditempatkan di tiga daerah iaitu Batu Pahat, Segamat dan Muar, menurut laporan Bernama.

“Memandangkan situasi banjir di Johor agak serius, APM turut memberi bantuan dari segi aset dan logistik bagi membantu mangsa yang terkesan.

“Antaranya, enam unit lori, 12 pacuan empat roda, 14 bot, satu set generator dan 23 jaket keselamatan diberikan dalam penugasan setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok hari ini.

Beliau turut memuji tindakan awal mangsa banjir untuk menyelamatkan diri dengan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tanpa menunggu bantuan daripada pihak berkuasa tiba.

“Untuk rekod, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS pada Monsun Timur Laut 2022/2023 mengalami peningkatan drastik iaitu 183,454 orang setakat ini berbanding 181,907 pada MTL sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai majlis pentauliahan berkenaan Armizan berkata pembabitan belia di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) menerusi Kor Sispa merupakan antara komponen utama dalam APM bagi memperkasakan penglibatan orang awam sebagai sukarelawan di peringkat nasional, negeri mahupun daerah.

“Mereka ini akan bertindak sebagai ‘first responder’ yang terlatih bagi menghadapi acaman bencana dan kecemasan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 902 Pegawai Kadet Sispa daripada Kor Sispa IPT dan IPG di seluruh negara ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
3 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok