Analisis keberkesanan vaksin Covid-19 dijalankan kerajaan

September 18, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin Covid-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Dr A. Mahes mendedahkan perkara itu ketika ditanya sama ada terdapat pendekatan yang mungkin untuk menjalankan analisis terhadap keberkesanan vaksin tersebut.

Ini susulan trend pelbagai pihak cuba melakukan analisis sendiri sehingga mengelirukan masyarakat dengan menyatakan keberkesanan vaksin dikatakan menurun selepas sesuatu tempoh.

“Kami sedang menjalankan usaha itu tetapi kami perlu berhati-hati kerana ia bukan sahaja menyentuh soal perangkaan… ia juga menunjukkan bagaimana kita menggambarkan dan memberi pemahaman khusus tentang isu tersebut.

“Kami berharap dapat melakukannya dengan secepat mungkin,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu beliau memberikan taklimat media hari ini berhubung laman web COVIDNOW yang berkongsi data terperinci harian Covid-19.

Sementara itu, menurut Ketua Unit Audit Klinikal, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr Faizah Muhamad Zin, berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan penuh tidak akan ada pelaporan data tertunggak kes kematian Covid-19 walaupun jumlahnya telah berkurangan sejak kebelakang ini.

“Data kesihatan amat dinamik. Jika saya memberitahu anda bahawa esok semuanya akan selesai tetapi tiba-tiba dalam dua hari akan datang, kita melihat ada sebilangan kes tertunggak,” katanya.

Berdasarkan data COVIDNOW, sejumlah 388 kes kematian dilaporkan semalam dengan menjadikan jumlah kematian mencecah 22,743 kes.

Daripada jumlah kematian semalam, 108 kes adalah kes yang dilaporkan sejak seminggu lalu manakala bakinya adalah pelaporan kes kematian tertunggak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok